Wednesday, December 30, 2009

Anniversaryyy!!!!


Ni produk 8 tahun kami!!!

Naufal- si sulung lahir 5.10.2002


Nurfarhah lahir 12.8.2004
Siti Sumaiyah lahir 16.7.2008

Wahh...senyap tak senyap, diam tak diam, dah 8 tahun dah kami nikah.Semalam ( 29/12/2009 ) genap 8 tahun kami nikah muahahaha...Tapi cam biasa, anniversary berlalu begitu sahaja..

HAAAA???? Berlalu begitu saja tu maknanya terlupa cam biasa, he he samada kami berdua sama2 lupa, hubby lupa atau saya lupa..yg kelakar nya, 2,3 hari atau seminggu sebelum tarikh tu dah ingat dah, siap set lagi kat kepala jemala ku ini, " ooo tak lama anniversary" tp on the date tetap lupa gak, hi hi.. bila ingat blk dah terlepas tarikh nya.

Semalam yg ingat hari bersejarah ni, hubby ( 1st time ingat ni setelah 8 tahun nikah ) , tapi dah mlm baru teringat. Errmmm dah lewat benor jd cam hari2 biasalah jugak, no special event, sob sob.

Sepanjang yg saya ingat lah sekali je yg kami sambut, kami beli meja makan untuk 1st anniversary kami ( tahun pertamalah tu). Selepas2 tu, ada je benda2 yg kami buat sampai terlupa date tuh. Berikut sambutan anniversary kami:

1. 1st Anniversary ( 2002 KL ) : Beli meja makan

2. *2nd Anniversary (2003 KL-Penang ) : Mabuk pregnantkan Farhah, kami sibuk pindah Penang

3. *3rd Anniversary ( 2004 Penang ) : Balik kampung Banting, kembar saya nikah

4. *4th Anniversary ( 2005 Penang ) : Klau tak silap, beli digital kamera

5. *5th Anniversary ( 2006 Penang ) : 1st time keluar masturat kat Trong, Taiping, Perak.

6. *6th Anniversary ( 2007 Penang - JB ) : Mabuk pregnantkan Sumaiyah, ada kat Banting, sibuk nak pindah JB.

7. *7th Anniversary ( 2008 JB ) : Sibuk bayar yuran sekolah ( SRAB, JB ), Naufal nak masuk darjah 1.

8. 8th Anniversary ( 2009 JB ) : Sibuk urus anak etc.

Note : Mana yg tanda * , tu terlupa tarikh lah tu...he he. Kesimpulannya byk yg lupa dr ingat...isk5.

Persoalannya, memang org yg dah kawin ke je yg lupa ye? Kalau dah teringat nak buat apa ye? Nak buat2 merajuk pasal spouse kita lupa atau buat2 tak tahu je..As for me, saya buat cam biasa je, buat2 lupa, buat cam hari2 biasa, masak simple2..la la la la..nak buat apa lagi kan?

Apa pun semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga, memberkati rezeki kami, memurahkan rezeki kami dan memilih kami sekeluarga lagi dan lagi buat usaha iman dan amal, menerima amalan kami, menempatkan kami ke dalam syurga Firdaus tanpa hisab, jauhkan kami sekeluarga daripada api neraka Jahannam, jadikan kami sekeluarga, anak cucu kami daie daiemah, hafiz hafizah, soleh solehah. Ya Allah perkenankan doa ku Ya Allah. Amin.

Thursday, December 24, 2009

Ahli muzik?

Lama tak buat posting baru...malassss...takde idea, bagi masa diri sendiri utk baca blog orang...utk ambik manfaat. Ada gak yg mmberi kesan bagi saya, terutama posting Ahlianizam. Posting tu memang sesuai bagi saya yg panas baran ni (kes anak2 la ni).
Tp tu la kan, betul lah bak kata posting tu, Allah kasi musibah supaya hati kita hancur, bila hancur mudah lah Allah kasi hidayah. Tapi tu terpulang jugak pada penerimanya sama ada nak menerimanya dengan redha atau tak. Redha, maka kita rasa amat bersyukur dgn musibah tu, tak redha... nauzubillah, kita akan rasa sedih dan menyalahkan ramai pihak.
Haaahhhh jauh pulak menyimpang... ni nak cerita. Cuti sekolah ni maklum lah ramai budak2 sekolah cuti, masa balik kampung suami pun apa lagi pegi taskil anak saudara dia yang baru lepas PMR utk keluar 10 hari. Alhamdulillah.... dgn ditemani adik bongsu suami, diorang berdua pun keluar 10 hari kat sekitar KL.
Bila balik sini pulak, ada anak jiran tu...suka main gitar, umur dia belasan tahun. saya selalu jugak cakap kat suami "pergi la taskil dia keluar" tapi macamne kan tu anak orang.
Jadi apa lagi, suami pun ikram sikit, tunjuk skill main gitar yg dah lama terpendam... jengjeng jeng jeng... tekejut badak la budak tu, apasal la pakcik kopiah ni rupa2nya bukan mainn terrer lagi menggoreng...
Siap jadi cikgu lagi kat situ...cikgu muzik? ahli muzik?
hari pertama, hari kedua, hari ketiga..... lepas tu start la taskillll.
Bila masuk azan je 'jom pegi surau'.... taskil solat jemaah. Nak taskil keluar.... nanti dulu la..
Alhamdulillah ...dapat jugak lah dia solat jemaah..tu baru intro, insya-Allah kengkawan doa lah hidayat seluruh alam...

Monday, November 16, 2009

Wanita lebih utama solat di rumah

Di bawah copy paste dari
Ruangan agama Utusan
************************************************************

SOALAN:
SAYA ada kemusykilan tentang kedudukan wanita dalam solat berjemaah. Adakah hadis sahih yang kata perempuan tidak digalakkan turun surau?

Adakah sirah Nabi atau para sahabat yang mana ada muslimat yang komited untuk berjemaah di surau?

Jawapan:

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Di sana juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah.

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat bertemu dan bertanya khabar, peluang menyuburkan semangat persaudaraan. Sebab itulah, falsafah solat berjemaah adalah bertujuan menyatukan ummah sehingga dilabel sebagai khaira ummah (umat terbaik).

Masjid mampu merungkai persengketaan dan perbalahan, tempat menimba yang jernih. Dalam pada itu persoalan solat berjemaah dan fadilatnya banyak ditujukan kepada kaum lelaki bukan kaum wanita.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Untuk memberi jawapan kepada persoalan ini para ulama telah berbincang dan memberi beberapa saranan dan pandangan.

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama”. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?”

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hujah-hujah yang dikemukakan tadi adalah berdasarkan tuntutan bahawa wanita tidak disuruh dan jangan dilarang.

Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.

Perkara kedua, budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Namun demikian hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak ditemani oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.


Beberapa Syarat


Telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjemaah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya.

Demikian pula para Khulafah Rasyidin sesudah beliau SAW. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyariatkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Wednesday, October 28, 2009

Marshmallow halal!!!!

Assalamualaikum..

Lama betul rasanya tak update blog. Tak de mood, malas, tak de idea, tu lah menyumbang kemalasan tu. He he..Tapi apa pun, walaupun tak update blog, saya still dok mengunjung ke kawan2 punya blog, baca story, khabar, macam2 lah..tapi dok baca ajelah,sampai kawan gi haji pun tak sempat ucap selamat... ( bila lah nak gi haji nih ).

Ni nak story sikit, suka tak ngan marshmallow? Saya memang geram tgk gebu2 je jajan nih, tp rasa cam was2 lah plak. TETAPI..( besor tu 'tetapi' nya ) baru2 ni ada pulak marshmallow yg halal diiktiraf oleh HDC. Apa lagi ambik kesempatan lah merasa...fuh sedap ugak bila dibakar ( kat api dapur je..he he ), org kata kalau cicah ngan coklat lagi sedap ( blum pernah merasa ). Allah kasi sedap. Memang masa mula2 tu anak2 pun menjakun lah nak merasa marshmallow bakar je. Bagi saya yg bakar ni lagi sedap.

Seterusnya, saya ambik kesempatan nilah utk mempromote marshmallow ni, he he..sambil menyelam nak minum air lah jugak kan...marilah ke kedai saya. Di situ marshmallow halal ini ada dijual.





Order pertama, sebungkus lebih kurang 20g, harga RM2.50 untuk door gift Dinner Utusan Malaysia Cawangan Johor, Johor Bahru.


Ada 26 bungkus semuanya.

Bentuk Burger


Bentuk Twist

Bentuk Flower ( yg ni sedap )

Jadi kengkawan sekiranya berminat marilah datang ke kedai saya..

Monday, August 31, 2009

Kakak sabaaarr...!!

Nur Farhah nak jalan-jalan...

KAKAK SABAAAR...! Jangan terperanjat ye.. itu lah laungan anak dara ku yg baru belajar puasa. Umur Farhah baru 5 tahun. Hari pertama, dia puasa bangun sahur, mula2 nampak ok tiba2 je dalam pukul 12 lebih nak pukul 1 tengah hari dia dah tak keruan dah Farhah tu.
Tak keruan apa? tak keruan lapar la....
Jadi hari puasa pertama sampai tengah hari je la puasanya.. ni first time ni nak blaja puasa.
Hari kedua, penat sikit sebab jalan sana sini, banyak tempat pergi dan akhirnya setelah dipujuk berulang kali pukul 4 petang berakhir lah puasa dia kerana dah tak tahan.
Hari ketiga, kali ni rehat je kat rumah, start pukul 2 dah meracau2, haus la, lapar la, setiap setengah jam bukak peti ais, tapi kena pujuk... sabaarrr. Akhirnya dengan penuh semangat dia melaungkan: "Kakak sabaaarrr".
Akhirnya selesai jugak puasanya sampai berbuka maghrib hingga la hari ini dia dapat puasa setiap hari. Sekarang ni dah 8 hari dia puasa. Alhamdulillah....
Itu lah pengalaman pertama kakak berpuasa. untuk pengetahuan naufal tak kuat makan jadi puasanya senang je, tapi kakak tu kaki makan jadi asyik nak makan jadi mujahadah lah sikit puasa dia, kelakar pun ada, tapi lama-lama ok la.

Friday, August 28, 2009

Keistimewaan wanita diguna untuk agama


Disebabkan takde idea utk posting baru atau takde kesempatan, maka saya copy paste posting di bawah. Harap ada manfaat. Kat atas tu gambar hiasan je. hehe

Oleh ziarah76
ANTARA lelaki dan wanita siapa yang lebih kuat? Tentu lah jawapan kita, lelaki kuat. Tetapi sebenarnya lelaki bukan kuat mana pun kerana kita nampak saja kuat dari segi fizikal misalnya, padahal sebenarnya wanita juga mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki dalam hal-hal tertentu termasuk faktor dalaman mereka yang kuat, walaupun dari segi fizikal mereka lemah gemalai.
Mafhum satu hadis, Nabi s.a.w bersabda: 'orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.'
Ini bermakna faktor dalaman menahan marah itu adalah satu kekuatan yang paling kuat.
Nak tahu wanita kuat atau tidak, cuba kita bayangkan point of view di bawah:
1-Wanita punya kuat menanggung kesakitan mengandung 9 bulan dan seterusnya bersalin. Ini Orang lelaki mesti kena respect habis golongan wanita. Lelaki bukan sahaja tiada kekuatan untuk berbuat demikian bahkan memang tak boleh pun. Kadang-kadang ada orang lelaki yang hendak lihat isterinya bersalin pun tak sanggup. Punya kuat orang wanita ini, bahkan bukan sorang malahan satu atau setengah dozen anak pun dia steady je. Lelaki sakit tangan sikit dah mintak isteri urut...
2-Wanita punya kuat menahan kesusahan menjaga anak dengan pelbagai kerenahnya tetap tabah dan bersabar. Bukan seminit dua, bahkan hari-hari 24 jam dia bersama anak-anak yang kecik hingga besar dari buang air besar kecil anak-anak hingga ke makan pakai anak-anak, semua dia sabar dan kuat menguruskannya tanpa minta elaun pun.
Lelaki baru jaga anak tak sampai setengah jam dah naik angin dengan perangai anak-anak maka lepas tu ada lah anak-anak kena luku, paling-paling pun tension dengan perangai anak, maka suami tu tidur atau keluar rumah kena teh kat luar. Lepas tu makan pakai suamipun dia minta isteri dia uruskan bahkan anak-anak pun urusan pun dah banyak.
3-Wanita kuat mengalirkan air mata yakni menangis, lelaki kuat mengalirkan air liur yakni tidur. Bila wanita ni bangun tahajud berdoa dia mudah menangis, merayu, merintih memohon daripada Allah maka doanya mudah makbul kerana kesungguhannya meminta sungguh-sungguh, bukan dengan percakapan sahaja bahkan meminta dengan fikir risau, hati dan perasaan. Maka masakan tidak doanya mudah diperkenankan. Lelaki kuat dengkur...
4-Wanita rata-ratanya (bukan semua) lebih kuat pengaruhnya kepada anak-anak berbanding lelaki. Ini kerana ibu lebih bersama dan memanjakan anak-anak, kalau anak-anak nak sesuatu dia akan cakap kepada ibu dulu. Bapa kalau dah tak boleh nak cakap apa dengan anak-anak, maka dia akan gunakan isterinya untuk jadi jurucakap kepada anak-anak. Lelaki memang kuat politik... 5-Wanita memang kuat. Sesetengah isteri, sudah lah urusan di rumah dia selesaikan bahkan ada pulak yang terpaksa bekerja di luar untuk membantu suami. Maknanya, suami tak cukup kuat untuk sara keluarga, maka isteri datang membantu menyara keluarga.
Mungkin banyak lagi yang boleh diambil contoh, namun sebenarnya kuat atau tidak, bukan menjadi persoalannya. Kerana lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain dan bantu membantu dalam urusan kehidupan yang mana dengannya maka manusia akan tenteram dan tenang kehidupannya.
Namun begitu adalah penting untuk lelaki menghargai dan mencurahkan kasih sayang yang sebenar-benarnya kepada mereka. Dan mengasihi mereka bukan dengan cara kita memberi wang, gelang emas, kereta besar, rumah besar, alat make-up dan sebagainya.
Perkara itu adalah keperluan yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajiban memberi nafkah dari serba serbi. Dalam hal ini kesederhanaan adalah jalan terbaik.
Namun jika kita mengasihi isteri, maka perkara pertama yang perlu diberikan ialah kefahaman agama, amalan agama dan kerja agama. Ini adalah teramat penting untuk membawa kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Jika tidak, nanti di akhirat lelaki akan didakwa oleh orang di bawah jagaan dan tanggungannya.
Wanita perlu diberitahu bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi s.a.w yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Kerja sebenar mereka bukan basuh kain, memasak, sidai baju, cuci pinggan, layan suami, buat kek muffin dan sebagainya. Bahkan lebih daripada itu, kerja mereka adalah pembantu agama yakni bersama-sama dengan suami mereka membela dan menegakkan agama hingga agama tersebar ke seluruh dunia. Suami isteri perlu bantu membantu dalam hal agama dengan niat mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita telah salah faham maksud sebenar umat ini dihantar, maka suasana rumah kita telah jauh daripada kehidupan beragama.
Iaitu, ruang tamu kita telah menjadi seperti lobi hotel, ruang rehat yang ada TV menjadi seperti panggung wayang, dapur macam restoran, bilik tidur macam bilik hotel, tempat basuh kain seperti kedai dobi dan sebagainya. Wanita seperti mesin mengeluarkan anak. Majalah hiburan dan isu semasa, mengumpat, gossip, dibincangkan disudut-sudut rumah, almari seperti butik, peti almari seperti bank, amalan agama mati di rumah. Maka keluar lah anak-anak yang runtuh nilai-nilai agama dari rumah-rumah.
Wanita telah menghabiskan air matanya di tempat tidak sepatutnya iaitu di depan TV ketika menonton hindustan sedangkan suaminya sedang ghast. Pengorbanan dan kesibukannya digunakan dengan perkara yang tak sepatutnya kerana mereka tidak diberitahu peranan dan kerja mereka yang sebenar. Mereka berlumba-lumba dengan cara yang salah, jika jiran beli perabot baru mereka pun nak yang baru dan sebagainya. wanita-wanita Islam bersidai di pusat membeli belah, merewang, membuang masa, meletakkan muka di lif-lif dan tangga pasaraya, mendedahkan aurat hingga semua lurah ditunjukkan kepada umum.
Ini adalah berpunca daripada kelemahan orang lelaki selaku bapa atau suami atau abang kepada adik perempuan yang gagal menjaga wanita-wanita Islam kita. Sesetangah lelaki yang begitu bersemangat mendengar bayan di markaz, khusyuk dengar kuliah agama di masjid dan surau tetapi membisu tak memberitahu sepatah haram kepada ahli keluarga. Atau suami tidak memberitahu isterinya yang berkongsi tempat tidur dan bantal.
Akhirnya wanita kita tidak faham lalu menyangka usaha agama adalah mengasingkan mereka, lalu tidak diambil endah.
Maka penting, kita libatkan isteri kita dalam usaha masturat dan ini adalah kehendak ulama yakni kita mencontohi kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat yakni wanita-wanita kita juga mencontohi kehidupan para sahabiah. Empat dinding rumah tempat wanita itu tinggal adalah satu khazanah yang melahirkan manusia berkualiti unggul hingga boleh menggoncangkan dunia. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak boleh tidur di rumah jika ada harta di dalamnya, apabila Nabi s.a.w menerima hadiah berbentuk barang atau wang maka akan segera diagih dan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang memerlukan. Nabi berada di masjid dan hanya pulang ke rumah setelah harta tersebut selesai disedekahkan.
Para sahabat yang mencontohi kehidupan Nabi s.a.w turut memahami bahawa mereka berasa tidak senang jika harta berada dalam rumah. Mereka mewujudkan rumah harta iaitu baitulmal. Sebab harta perlu diletak dalam rumah harta tetapi tidak sekali-kali di rumah mereka. Kehidupan para sahabat dan isteri mereka dengan penuh
keberkatan yang mana mereka bukan lah orang miskin bahkan Allah berikan pelbagai kurniaan kepada mereka hingga ada sesetengah ulama mengatakan kekayaan mereka
tidak dapat lagi dijangkau oleh kita. Namun begitu kesemua harta mereka diinfak dan digunakan di jalan Allah hingga mereka hanya berbuka dengan tamar dan air sejuk sahaja. Tiada apa-apa dalam rumah mereka, kosong, lantai dan dinding sahaja dengan kehidupannya yang amat sederhana.
Ulama berkehendakkan rumah-rumah seperti madrasah, suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar yakni hidup amalan taklim, bacaan al-Quran, perbincangan mengenai iman, meningkatkan imal dan amal, berbicara mengenai kisah anbiya, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.hum, risau mengenai akhirat dan kepentingan menjalankan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah.
Ini perlu dimulakan walaupun sedikit demi sedikit bermula dengan taklim rumah. Hingga keluar dari rumah kita para alim, alimah hafiz hafizah dan manusia yang taat kepada Allah dan menjadi daie Allah. Mereka adalah orang Allah, yang dalam pemerliharaan Allah, tiada siapa boleh mengganggu mereka, walaupun bergerak seluruh dunia tetap dalam pemeliharaan Allah.
Wanita menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada suami dan anak-anak lelaki untuk aktif dalam usaha agama. Bagaimana cerita seorang sahabat yang tempang lagi tua, apabila ditafakut oleh Nabi s.a.w, Nabi telah membenarkannya untuk tidak keluar berjihad lalu dia balik ke rumah. Tetapi apabila sampai di rumah isterinya berasa malu kerana suaminya tidak keluar di jalan Allah lalu memberi kata-kata semangat hingga suaminya malu kerana tidak keluar di jalan Allah.
Akhirnya Nabi s.a.w membenarnya keluar di jalan Allah lalu sahabat itu syahid di jalan Allah. Apabila jenazahnya hendak dibawa balik ke rumah, unta sahabat itu tidak mahu bergerak ke arah rumahnya, apabila ditanya rupa-rupanya dia telah berdoa supaya jenazahnya tidak lagi dipulangkan ke rumah. Begini lah peranan sahabiah 24 jam sentiasa fikir bagaimana agama boleh maju dalam kehidupan manusia dan semua sahabat mendapat dorongan daripada sahabiah. Apabila Abu Bakar r.a telah mewakafkan seluruh hartanya di jalan Allah maka tiada satu benda pun yang tinggal di rumahnya. Maka saudara maranya datang bertanya kepada Aisyah r.ha, anak perempuan Abu Bakar r.a apa yang telah ditinggalkan, maka Aisyah dengan tegas dan yakin mempertahankan tindakan ayahnya dalam satu kisah yang meruntunkan jiwa.
Khadijah r.a asalnya wanita kaya, tetapi semuanya telah dibelanjakan hingga tiada apa lagi yang tinggal. Manusia yang pertama memeluk Islam adalah wanita iaitu khadijah r.a dan manusia yang pertama syahid juga adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a pada zaman Nabi s.a.w.
Begitu banyak pengorbanan mereka yang tidak dapat diceritakan satu persatu di sini, tetapi pokoknya di sini adalah betapa pentingnya peranan wanita dalam mengembangkan agama sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Wanita di zaman sahabiah begitu berani hingga mengalahkan lelaki zaman ini, mereka seolah-oleh lelaki. Hari ini lelaki Islam menjadi lemah kerana mereka berperangai seperti wanita di seluruh dunia. Sebagai contoh, lelaki sepatutnya bersolat di masjid secara berjemaah, tetapi lelaki zaman ini rata-rata lebih gemar bersolat di rumah bersendirian. Padahal bersolat di rumah bersendirian adalah amalan wanita.
Sebab itu umat Islam menjadi lemah di seluruh dunia kerana telah berperangai seperti wanita dalam banyak hal dan bukan setakat dalam solat sahaja.
Lelaki perlu menjadi benar-benar lelaki baru Islam menjadi kuat, menjadi lelaki adalah mengamalkan agama seperti mana di tunjukkan baginda Rasulullah s.a.w.
DAN apabila wanita bangun turut serta membantu agama, maka mereka menjadi seolah-olah lelaki dari segi keberanian.
Seperti contoh, kisah bagaimana Umar r.a semasa belum memeluk Islam beliau dilantik sebagai pahlawan yang hendak membunuh Nabi s.a.w. Dalam perjalanan beliau diberitahu bahawa saudaranya telah memeluk Islam lalu, dia pergi ke rumah saudaranya yang ketika itu sedang dalam sesi taklim iaitu membaca al-Quran.
Dalam kisah ini terdapat perbualan panjang yang kita boleh rujuk sendiri tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Umar telah menampar saudara perempuannya hingga berdarah kepala. Tetapi apa yang dijawab oleh saudara perempuannya itu ialah jika kerana agama ini dia dipukul maka dia redha dan tidak akan berganjak.
Saudara perempuannya begitu berani menjawab dengan tegas hingga tersentak Umar lalu beliau bertanya apakah yang dibaca tadi dan dia mahu melihatnya, dan selepas dia berwuduk lalu membaca surah Toha, maka hidayah telah sampai kepada Umar r.a yang kemudiannya memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w. Di sini perlu dilihat betapa wanita telah menjadi seperti seorang lelaki yang berani.
Peranan wanita cukup luas dan hari ini, semua lelaki lebih-lebih lagi jika kita terlibat dalam usaha dakwah maka perlu dilibatkan sama usaha masturat untuk wanita. Dengan itu baru la umpama burung terbang dengan 2 sayap, jika tidak hanya dengan satu sayap yang tidak ke mana-mana. Dengan itu potensi wanita digilap dan memberi sumbangan besar kepada agama.
Jika mereka terlibat dalam usaha masturat maka mereka biasanya lebih komited dan berdisiplin berbanding lelaki. Apabila azan berkumandang, mereka dalam keadaan berwuduk berada di atas sejadah. Banyak doa-doa dihafal, al-Quran dan taklim dibaca setiap hari dan zikir, tahajud, dijaga dengan istiqamah begitu juga amalan lain.
Kesabaran, kesetiaan dan bersusah payah untuk agama sungguh menakjubkan. Percakapan iman yang lemah lembut tetapi memberi kesan dan zihin kata-kata membakar semangat yang memberi motivasi kepada lelaki. Lelaki perlu membantu tidak menyusahkan isteri kerana Nabi s.a.w sendiri membantu Aisyah r.a melakukan kerja-kerja rumah bahkan Nabi sendiri menjahit pakaiannya sendiri. Hari ini kita lelaki apa salahnya kita cuci pinggan, masak, basuh baju sekali sekala, kemas rumah dan kalau boleh buat sesuatu sendiri tak perlu menyusahkan orang rumah misalnya mengosok baju dan sebagainya jika mampu. Isteri-isteri kita sebenarnya bantu kita uruskan hal ehwal rumah bukan kita jadikan dia seperti orang gaji. Sebaliknya kita lah yang perlu membantu mereka. Halaman rumah Nabi s.a.w amat terkenal kerana kebersihannya kerana Nabi s.a.w sendiri yang membersihkannya dan Nabi s.a.w bergurau dengan Aisyah semasa membantu kerja-kerja rumah.
Ganjaran dan kelebihan yang tersedia untuk wanita solehah terlalu banyak hingga mereka boleh pilih mana-mana sahaja pintu syurga jika dia meninggal dunia dalam keadaan taat perintah Allah, dan suaminya redha kepadanya. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang wali.
Bahkan mereka akan memasuki syurga 500 tahun terlebih awal daripada suaminya, dan mereka menjadi ketua kepada bidadari syurga. Suami dan isteri akan dipertemukan di syurga yang kekal abadi. Sebab itu, di dunia ini, tanda suami mengasihi isterinya ialah dengan memberi agama, amal agama dan usaha agama.
Wallahualam.

---Diambil daripada blog ziarah76

Monday, August 24, 2009

Kedai baru saya... jemput datang ye..


Contoh niqab... ayat-ayat cinta tu...

SAYA buka kedai baru... memang baru la sebab tak pernah buka sebelum ni. Dulu memang berangan nak buka kedai yg bukan online, tapi tahun demi tahun berlalu.. tak buka-buka.
Tapi alhamdulillah dengan adanya kemudahan internet dan rakan2 lain maka saya menceburi bidang perniagaan online menjual pakaian muslim dan muslimah, buat masa ni barang muslimah dulu la yang banyak. Ada jubah, purdah, blouse muslimah, kopiah dan pada masa depan insya-Allah ada stokin, sarung tangan, legging baby, jubah lelaki dan lain-lain, insya-Allah.
Semoga Allah memberkati perniagaan ini.
Mari lah datang berkunjung ke kedai saya, CUBA KLIK SINI SOLEH SOLEHAH Ada apa masalah boleh lah berhubung dgn saya, insya-Allah.


Jubah muslimah yg menarik dan menawan!

Kopiah yg karkun selalu pakai pun ada...comel kan.

Sunday, August 9, 2009

Cuti2 Malaysia lagi sekali..


Wahh..baru balik nih..percutian yg menyeronokkan walaupun sibuk H1N1. Sebenarnya kami baru je blk bercuti ke Desaru..Alhamdullillah Allah kasi hadiah yg terduga..tak rancang pun cuti ni, tiba2 je hubby bagitau nak bawak kami bercuti ke Desaru..saya ni pulak apalagi terus agree..almaklumlah rasa cam dah lama tak dok hotel ke resort ke ( saya dah lama nak cuti masak!!!ha ha malas punya pasal ). Malas nak cerita panjang2, kita tgk gambar jelah..satu je nak comment pantainya marvellous..cantik dan anginnya wah..subhanallah, mengasyikkan..Thank you Allah..

Hari pertama sampai.Sibuk menjamu selera makan dalam talam resort. Bawak bekal sikit je..perabih makanan kat rumah tadi..itupun sekali hadap..lapar punya pasal.

Ni tgh tgk2 tpt menarik sekitar resort..Naufal: Adik nanti kita mandi laut nak tak? Farhah: Tak mau lah kita gi mandi pool je lah..Mama: mama pun nak mandi pool ugak..he he he.

Ni masa cari2 makan kat Bandar Penawar (kes tak cukup bekal..muahaha ). Agaknya replika siput ni kalau boleh pikir mesti dia berkata2 dlm hatinya: "Koranglah org pertama ambik gambar ngan aku." Ha ha ha, terjakun plak tgk siput besar ni.

Hari kedua: tak mandi lagi trs nak g breakfast.."ala mama, nanti nak terus mandi kolam.." Bolehka?

Yg ni dah tak leh tunggu, lapor dah perut nih..

Buffetlah..apa lagi..kena isi tank susu sumaiyah.

Sumaiyah 1st time at beach... Sronok dia main pasir..

Tu dia naufal, main air kat pantai sampai terangkat seluar..anyway we had a very great time..Alhamdullillah..

Haaa, habis comot kaki anak aku main pasir pantai..Sumaiyah enjoy main pasir.

Pool tu kami punya hari ni, dah nak tghr, org tak ramai, jadi dgn tak malunya masuk sekali..teman kan sumaiyah mandi sebenarnya..( alasan lah tu ).

Yeay..at last kakak ngan abg tido ( kes berendam dlm kolam dr pg sampai tghr lah ni,kepenatan )..lehlah konker tilam besar ni...Sumaiyah tu nampak je kecil tapi memanjat tilam tinggi siap lari2 atas tilam tu selamba je..mama ngan abahnya lah terjerit2..dia punya suka ingat kita main2..

Alhamdullillah, kali ni percutian relaks, dan kami enjoy. Akhir kata, pesanan ringkas utk abg ziarah 76 kita..

"Abg ziarah76, len kali lehlah ajak kami jenjalan lagi cuti2 Malaysia ye..Insya Allah..:)"

p.s: Baru2 nih dok tukar layout blog je..( yg rajin tukarkan hubby sayalah..saya ni malas nak godek2..adalah dalam sekali je ), abihtu barulah perasan ada kawan2 yg dulu ada dlm bloglist, bila dah tukar layout dah hilang pulak..mintak maaf ye kawan2, ni dlm proses nak finalise layout n kena add in blk blog kawan2 yg hilang..ishh patutlah nampak cam sikit je list nya..macam ada blog yg saya tak singgah je..

Wednesday, July 29, 2009

Kisah si Pemotong Kayu

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ....

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Kisah disalin dari rakan saya Ummu Fatimah http://ummu-fatimah.blogspot.com/ .Terima kasih ya Ummu Fatimah.

Cuba kita fikir apa akan jadi dengan nasib kita di dalam kubur kelak? Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi..lama tu selama-lamanya. Berdoalah kita supaya tak terlalu berlebihan dgn dunia nih..insya Allah.

Tuesday, July 28, 2009

Promosi! promosi! promosi!

Ada baju baru?? Baju lama nak nampak baru?? Tudung lama nak nampak baru??
Kalau nak nampak baru ada satu cara iaitu tambah manik... macam gambar kat bawah ni. Boleh nampak baru skit.
Saya nak promote ni, baru-baru ni saya tengok baju mak yg lama nampak menarik sgt, check punya check mak saya tambah manik rupanya. Pastu saya pun dapat idea nak sulam tudung saya macam kat bawah ni.
Komen saya jahitannya memang tip top, kemasss. Manik yg digunakan cantik dan design pun macam2,ala-ala butik gitu. Kakak Ita (tuan punya blog Butik n Chocolate) tu pun slalu gak jahit manik baju pengantin.
Kalau nak detail boleh la datang ke blog dia Butik n Chocolate.
Harga berpatutan la... untuk baju koler lengan dgn bawah baju kakak tu offer about RM50-60 je...depends on how many manik yg diguna.
Tudung hitam saya... minta tolong tambah manik.

Tudung ni simple je tapi bila dah taruk manik jadi lawa pulak.

Dari dekat tudung pink.

Dari jauh tudung pink.. menarik kan.

Friday, July 17, 2009

Catatan terakhir..

Baru2 ni terima berita menyedihkan, Siti Marlina a.k.a Mike telah pulang ke rahmatullah pada 6 Julai 2009 due to breast cancer.
Arwah ni merupakan kawan saya masa saya mula2 masuk uni. Seorang kawan yg supportive, yelah masa mula2 masuk semua dah ada geng atau kawan sekolah lama tp saya sorang2..jd Mike antara yg mula2 jadi kawan..( saya kan 'pemalu' orgnya ). Kalau hari Jumaat je, mesti ikut dia blk rumah parents dia kat Batu Caves, hampir tiap2 minggulah jugak..Ohhh, sedihnya kalau teringat..
Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Dia kat uni pun tak lama pasal tak minat ngan kursus kat uni tu. Dia tukar course tesl kat MPIK dan dah jadi cikgu pun. Last jumpa dia masa dtg jamuan raya rumah dia lebih kurang 12 tahun lps.

Kita boleh kongsi catatan terakhir olehnya di sini..
theskyisred-redsky.blogspot

Masih bersedih. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan oleh Allah s.w.t. dikalangan hamba2nya yg solehah..Al-fatihah..

Thursday, July 9, 2009

Ijtimak Malaysia 2009

Rasanya masih belum terlambat untuk menjemput semua muslimin ( lelaki sahaja ) untuk hadir ke Ijtimak Malaysia 2009 yang akan berlangsung pada 9-12 Julai 2009( Khamis - Ahad ni- esok lah tu )di Tanah Lapang Belakang Masjid Kuarters KLIA. Khabarnya 1st Ijtimak Malaysia berlangsung 27 tahun dulu ( mak aii..tak sekolah lagi saya nih ). Ini kali kedua dan perhimpunan ni perhimpunan atas maksud agama yang mana selama 4 hari berlangsung, amal-amal ( solat fardhu, sunat, zikir, bacaan al-Quran, majlis taklim taklum ) dihidupkan secara berjemaah supaya dapat menarik rahmat Allah s.w.t. Selain dari amal2 tersebut, bayan ( ceramah agama ) oleh maulana2 yang hak dan ikhlas juga akan diadakan setiap hari. Tujuan dan sedikit laporan boleh refer sini:

http://ziarah76.blogspot.com

http://azharjaafar313.blogspot.com

http://krenmaut.blogspot.com

http://ummu-fatimah.blogspot.com

Ijtimak ini merupakan perhimpunan agama yg terbesar di Malaysia yang kini ( malam ni khabarnya ramai yg akan datang. )sedang hangat diperkatakan dan ditunggu2 oleh jemaah usaha iman dan amal ( jemaah dakwah atau tabligh ). Dijangka 100,000 org hadir dari dlm Malaysia dan seantara dunia. Tapak je dah 100 ekar. Suami saya dah sampai tapak Ijtimak ptg td melaporkan, rata2 yg hadir semua bersemangat.

Esok masa yang ditunggu2 sudah tiba. Dengan ini kepada sesiapa yang masih berada di rumah atau masih terfikir2 apa itu Ijtimak, marilah hadir dan rebutlah manfaat serta rahmat Allah yg turun mencurah2 bagai hujan turun dgn lebatnya.

Bagi ahlia ( isteri jemaah dan sesiapa yang berkenaan ), marilah kita juga turut serta ( di rumah sahaja ) meningkatkan amalan kita supaya Ijtimak dapat berjalan dengan lancar. Janganlah pula kita pun nak gi sama nanti mengganggu keberkatan dan rahmat yang turun semasa Ijtimak sedang dijalankan. Untuk lebih faham, kita baca kak ummi-ali punya posting.. kena baca nih supaya faham

http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com

Insya Allah, apa yang baik kita sampai2kan. Jangan ada yang ketinggalan. Rebutlah peluang selagi nyawa masih dikandung badan. Takut nanti bila dah meninggal menyesal..

Nak tengok gambar persediaan Ijtimak Malaysia leh refer this blog:

http://2dancingprincess.blogspot.com

http://rahba81.blogspot.com

Semoga apa yang kami war2kan mendapat redho dari Allah s.w.t. dan semoga tangisan2 malam kami diterima Allah s.w.t dan menjadi asbab tersebarnya hidayat seluruh alam. Insya Allah.

Thursday, July 2, 2009

Puisi orang tabligh

Jom kita kongsi baca puisi ni!!

ORANG TABLIGH


Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

-habis

Taken From my beloved husband's blog :http://ziarah76.blogspot.com/2008/12/puisi-orang-tabligh.html

Marilah kita berkongsi menghayatinya dan semoga Allah s.w.t. mengekalkan saya, suami dan kekawan semua di jalan yg sebenar2nya - kekal dalam usaha iman dan amal ini. Semoga keluarga dan rakan kita yg lain diberi kefahaman dalam kerja ini.

Tuesday, June 30, 2009

Big Eyes Pouch Sling GIVEAWAY




Assalamualaikum WBT

Seperti yang saya janjikan....


Big Eyes Shop dengan bermurah hati ingin menghadiahkan pouch sling bersaiz XS (UNPADDED) kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai giveaway ini.

Syarat-syaratnya:
Sila buat entry mengenai GIVEAWAY ini di blog anda.
Sila tinggalkan komen dan sertakan URL anda, bagi memudahkan BigEyesShop menilai penyertaan anda.
Add Big Eyes Shop di blogroll/bloglist anda.
Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda boleh email ke bigeyesshop.shada@gmail.com agar dapat bersama-sama menyertai giveaway ini.
Anda boleh menyertai lebih dari satu penyertaan.

Dua pemenang akan dipilih secara random.
Pemenang dibenarkan membuat pilihan memilih antara dua warna pouch sling yang disiarkan.
Kepada mereka yang telah membeli barangan di Big Eyes Shop amat dialu-alukan menyertai giveaway ini, boleh serta kan gambar babywearing anda.
Pemilihan adalah muktakmat.
Tarikh tutup 30 Jun 2009

Keputusan akan diumumkan dengan segera setelah kami dapat mencari pemenang yang berjaya memenuhi syarat-syarat diatas.


Sila ke BIG EYES SHOP UNTUK MENYERTAI GIVEAWAY
Cuba jangan tak cuba..... lagi ramai lagi meriah

Catatan saya:

Sebenarnya dah lama tgk2 Big Eyes Pouch Sling GIVEAWAY anjuran Big Eye Shop ni, tapi dah last minute baru ada masa nak joint.. saja je..mana tahu rezeki Allah nak kasi, dapat satu lagi.Tujuan kak Syais ( tuan punya kedai )menganjurkan Giveaway ini adalah untuk menggalakkan ramai lagi para ibu mengendong baby ( atau kalau nak translate babywearing, 'memakai bayi' ).

Apa itu babywearing? Babywearing ialah 'memakai' atau membawa bayi anda atau anak dalam kendong atau apa saja bentuk carrier ( Wikipedia ). 'Memakai bayi' tu digunakan kerana bila kita pakai sling, kita umpamanya memakai anak kita cam kita pakai baju, beg atau tudung. Melekap je baby kat badan kita.

Faedah yg diperolehi juga byk. Kepada ibu dan bayi kita sendiri. Antaranya mengeratkan hubungan ibu dan anak ( meningkatkan hormon progestron ibu ), memudahkan penyusuan ibu, anak rasa selamat ( berada dalam dakapan ibu )dan banyak lagi faedah yg diperolehi (rujuk Wikipedia )

Sling pulak ada banyak jenis. Antara sling tradisional yg paling popular ialah kendong jawa ( yg org jawa dan indonesia pakai tu ). Yang itu paling mudah, bungkus anak dalam kain batik lepas, kemudian simpul2 je kain tu kat bahu, lepas tuh ibu boleh buat kerja ( menurut bapa saya, org jawa kuat kerja tak kira lelaki ke pompuan, jadi si ibu kalau nak buat kerja kendong je anak dalam batik lepasnya ). Ada lagi org jepun selalu gak kendong anak kat belakang ( cam cerita Oshin tuh ), lagi org asli kat kampung Wayana somewhere at French Guiana - mana ntah saya pun tak tahu tapi boleh rujuk gambar kat
sini. Sling moden pulak pun banyak jenis, cantik2 lak tuh. Kain, design, kualiti dan jenis sling suma citarasa moden, upgrade. Kita cuma sediakan ongkosnya sahaja untuk beli, he he. Ada pouch sling, ring sling, wrap, mei tai dan byk lagi..nak tgk gambar leh tgk sini tu kak Syais nye posting gak kan? Active tul kak Syais nih.

Bagi saya pula personnally saya suka pouch sling pasal ia mudah dan sesuai untuk orang kecil cam saya ( start nak perasanlah tuh ). Ditambah pulak dengan pakai tudung labuh, jadi sesuai kalau saya pakai jenis pouch je. Lagi satu saya menyusukan baby, kalau pakai pouch sling aurat saya tertutup dan secara jujurnya org tak perasan pun saya tgh menyusukan kalau saya tengah jenjalan ( dan kalau saya tak bagitau ). Baby Sumaiyah pun happy dan rasa selamat, nak tidur pun nyenyak je walaupun dalam keadaan hiruk pikuk sekeliling ( contohnya masa abgnya jumpa doktor masa kena bisul tuh ). Nak shopping ( window shopping sebenarnya ) pun senang, org tak langgar stroller, kat pasar pun senang. Dan yang paling penting sekali hati saya pun senang. Anak2 saya semuanya jenis melekap ngan saya, kalau jenjalan nak pegang tangan, jadi bila baby Sumaiyah dalam sling, dua lagi Naufal ngan Farhah saya pegang kiri kanan. Hmm.. dapat bayangkan tak?

Alhamdullillah Allah mudahkan segalanya, dulu masa preg, selalu doa supaya Allah mudahkan urusan jaga anak, satu hari Allah kasi ilham, tertengok lak ada seorg ibu pakai ring sling jenjalan kat Giant bawak baby dia.. terus browse internet. Tu yang beli pouch sling. Ada gak nak try sling jenis lain, mungkin ring sling ( tu pun nak diy - do it yourself ) atau mei tai. Tapi nantilah, ada rezeki dan diizinkan Allah saya cuba yg lain.. Ok itu je cerita pasal sling. Jadi para2 ibu sekali sekala mari kita mengendong anak.. Seronok dan rasa mesra ngan anak. Insya Allah..

Tu bukan nak fokus Rauf, cuma nak tunjuk Sumaiyah tidur lena dalam sling, syok kan?

Thursday, June 25, 2009

Bisul???

Pernah kena bisul tak? Mesti sakit kan? Kalau kat dalam telinga camna? Mesti lagi sakit kan? Haaa.. itulah yang anak sulung saya Naufal kena..bisul kat dlm telinga. Aduh memang kecoh dibuatnya..

Naufal dah start komplen masa balik dari kampung hari tuh, telinga kanan dia sakit, tapi bila nak tengok dia tak kasi. Salah saya jugak ingatkan sakit tu disebabkan gigi dia ( yg tercabut tu dah settle, tapi yg berlubang kat geraham dia tu la plak lum settle ), jadi saya buat biasa ajelah. Alih2 dah 6 hari duk sakit je, saya paksa gak nak pegang telinga dia. Ya Allah, nampak cam bengkak. Lps solat 2 rakaat terus pergi klinik. Apa lagi, memang ye telinga dia memang bengkak dan doc cakap mungkin bisul.. Aduh takutnya saya ( tu takut yang pertama ).. camna bisul leh dalam telinga nih??!! Terus dia refer specialist ENT..Huih tak pasal2 je kena pergi Pakar Puteri.

Takut yang kedua plak, saya nih tak pernah drive keta kat tgh2 bandar JB tuh, selalu kat area dekat2 je. Paling jauh pun Tesco kat Hospital Sultan Ismail .. Aduh, hati sudah berdegup kencang.. dup dap dup dap..Nak tak nak pasal case ni,terpaksa gak call hubby ( hajat di hati tak nak call, sms je, tu pun kalau perlu,hmm spoil tul, harituh pun dah tertepon gak pasal teksi inas nak balik kl ), nak mintak GL. Gelabah punya pasal, jalan nak ke Pakar Puteri pun jadi confuse. Hubby tanya, ingat tak jalan biasa nak gi Pakar Puteri..argh ingat2 lupalah. Apa2 pun bertenang dan mintak tolong pada Allah. Alhamdullillah malam kelmarin tuh, masa ikut Inas beli tiket kat Larkin, jalan nya masih ingat lagi. Lepas solat Zohor, dgn hati yg berdebar2 kami 4 beranak pun bertolak dari rumah dgn diiringi tangisan nyaring Sumaiyah ( adoi, buat mama gelabah lagik, sepanjang jalan plak tuh ). Kami pergi ikut jalan Pasir Gudang.. huiyoo byk lori besar2.

Alhamdullillah, sampai gak kami ke Pakar Puteri, kira ni my 1st experience buat keje sendiri urus anak gi sepital.. Allah mudahkan semua..

Pasal bisul Naufal plak, haa ni lagilah drama.. kecoh betul dalam bilik doc tu, menjerit2, nurse sampai bersilat2 pegang Naufal.. kita nih nak tolong pun dah tak reti..doc plak ntah apa ntah dia godek telinganya.. Farhah sampai menyorok bawah meja..arghh..mujur Sumaiyah ok je dalam sling dia.Akhirnya memang confirm bisul dan dia tgh membengkak dan doc suruh dtg lagi hari Sabtu, ltk ubat titik setiap 2 jam dan jgn kena air. Maknanya Naufal dapat mc 3 harilah ( Rabu, Khamis & Jumaat ). Alahai anak mama sekolah 2 hari je, minggu sebelum tu cuti sekolah yg 2 minggu tuh..wah..rehat sungguhlah anak mama..

Hah sambung hari Sabtu terus, yg nih bisulnya dah masak, fuh lagilah tgh sakit, macamana motivasi tahap tertinggi serta sogokan toys Bidaman pun bagi kat Naufal, drama yg hari pertama tu masih gak lah berlaku.. kali lagi lebih hebat, tiga org nurse bersilat, ada 2 sesi lak tuh ( pasal dah teruk sangat 'pergelutannya'). Sesi pertama kami 4 branak masuk, Farhah kali ni sampai menangis berlinang2 air mata tengok abangnya 'bersilat' sebegitu rupa, Sumaiyah cam biasalah kalau dah duduk dlm sling tgk abgnya dgn tenanglah..Sesi yg kedua saya ngan Naufal je yg masuk, pun bergelut2 jugak, kali ni saya pun joint pegang dia. Aduh letih tul, kesian plak tgk Naufal meraung2, merepek2, darah meleleh2 keluar dari telinga dia..ehhmm takpe ye lps nih anak mama sihat ye..Ada follow up lagi, hari Isnin lak tuh.. Aduh, tak hbs lagi ke??? Dapat mc 3 hari lagi ( Isnin - Rabu ).

Tak boleh jadi, lama benor Naufal memonteng sekolah..budak darjah satu pun kalau lama tak gi sekolah jawabnya byklah yg tertinggal.. lagipun dah tak sanggup 'bersilat' dalam bilik doc. Tak larat dah..Camna pun hari Isnin tu kena pergi jugak.. Doa punya doa, mintak punya mintak pada Allah supaya Naufal sihat, lepas tu bg semangat dan nasihat, akhirnya petang Isnin tu, nurse dah tak payah bersilat lagi ( walaupun dah ada sorang yg standby - he he ). Semuanya berjalan dgn lancar dan tenang. Farhah pun senyum je tengok abgnya tak jerit2, Sumaiyah emm cam biasalah relax je.. Alhamdullillah, setelah tiga kali jumpa doc, Allah kasi sihat bisul Naufal.

Moral dari cerita nih, kalau anak2 komplen sakit telinga kita kena trs ambik tindakan kalau tidak ia makin melarat. Sebelum ambik tindakan kita kena mintak tolong pada Allah, solat sunat 2 rakaat insya Allah, Allah akan mudahkan urusan dan beri kekuatan pada kita. Contohnya saya, daripada takut dan blur nak ke Pakar Puteri, terus jd confident nak ke sana, macam2 jalan lak tuh dah guna..alhamdullillah..pas tuh, urusan GL yg selama ni kalau hubby saya ada, punyalah lambat nak settle.. masa saya pergi dgn izin Allah, mudah je urusan GL tuh.. haaa itulah kelebihan kalau kita solat 2 rakaat dulu..Alhamdullillah syukur kepada Tuhan, yg Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Hari pertama gi jumpa doc. Telinga kena sumbat.

Ni lepas follow up pertama hari Sabtu, pujuk dia Allah nak hapuskan dosa dan peringatan, lain kali ikut cakap mama ngan abah.., ingat tu Naufal.

Toys Bidaman buat pujuk Naufal yg dalam kesakitan. Toys ni awalnya cerai2, kena pasang balik..memang mamanya lah yg kena pasang..tapi syok ugak, sticker Naufal pasang sendiri. Cantik tak?

Ubat titik n antibiotic lotion nak kena ltk kat telinga Naufal.

Wednesday, June 24, 2009

Dapart award lagi..



Baru2 ni dapat award lagi. Kali ni dari kawan lama, kawan serumah dulu masa study, Siti namanya. Orangnya lawa, hitam manis dan sekarang jadi wanita berkerjaya yang berjaya. Kami duk sama2 selama 3 tahun di Vista Angkasa,Kerinchi. Thanks along for the award, aku ambik dan simpan ye award nih..

Thursday, June 18, 2009

Lamanya..

Salam semua..wah lama betul rasanya tak active internet..new post lagilah. Kenapa? Tak de mood kot, lagi pun masa cuti sekolah balik kampung, 2 minggu kat kampung..wuih memang seronok, budak2 lagilah..kerja diorang main je..n of course tgk tv yg cartoon je 24 hours. Yelah kat rumah sendiri, tgk tv ada curfew. Kat kpg ada gak curfew tapi pilihan byk.. hiburan dunia, ishk ishk..kena gak sound bebudak nih sebab ceritanya kekadang tak sesuai. Bapak budak? Emm.. hari ni dah masuk 19 hari khuruj, 1 Jun hari tu start keluar 40 hari usaha iman dan amal. Tempatnya, utara, Sik Kedah.Tu pun penyumbang utama gak kenapa tak de mood nak buat post baru n 'interneting' he he..

Masa blk kampung haritu hubby hantar, terus dia ke Seri Petaling, adik dia hantarkan..haa nak blk sini tu yg mujahadah, 4 jam perjalanan tanpa henti. Kalau berhenti2 mahu makan masa sampai 6-7 jam tuh..Camna nak drive sendiri? Mesyuarat punya mesyuarat, mintak tolong kakak kembar hantar balik. Lagipun kampung suaminya kat Sg Kapal, jadi kalau mintak tolong dia, dia boleh blk kampung suami dia jugak kan. Bincang punya bincang alhamdullillah Allah mudahkan perjalanan kami, kembar setuju nak hantar saya balik. Asalnya tak nak balik kampung susah nanti, ditambah lagi dgn soalan2 'mendebarkan' dari keluarga. Selama nih kalau hubby keluar khuruj ( depa panggil tabligh ), kita cover line, then kali ni konon nak terus terang malas nak cover2, ermm maka terimalah feedback yg kekadang kita boleh balas, kekadang kita senyap kan aje, kekadang menangis je lah..40 hari kena tinggal beb mana tak bising org tua..siap warning no more outing like this anymore, kalu nak jugak tunggu anak dah besor..Ya Allah bagilah kekuatan kepadaku yg serba lemah ni.

Memandangkan kereta hubby tinggalkan kat saya sepanjang dia keluar nih.. kat kampung aktivitiku asyiklah ke Banting je.. bawak mak jenjalan..ke Econsave, ke Megah, ke mana2 jelah.. cuma satu je yg kami tak gi ( yg sepatutnya dan selalu pergi ) ke pantai Morib..ok ugaklah tak ke situ kalau tidak siaplah nenek n atuk kena beli macam2 mainan bagai, layang2lah, bubble lah.. kalau mama, tak layan lah. Bagi saya pulak, masa nilah nak makan yong tau foo kuah hitam( kat sini yong tau foo nya kuahnya sup ), beli kuih2 yg murah ( 4 biji 1 ringgit ), makan mee jawa banting dan yg paling penting makan masakan mak....nyum nyum.

Akhirnya setelah hampir dua minggu kat kampung, hari Jumaat lepas, kami 4 beranak pun bertolaklah dari Banting ke jb dengan kembar saya 3 branak. Dalam perjalanan ni pun ada gak cerita menarik. Untuk pertama kalinya dalam hidup Naufal ( anak sulung ), giginya ( yang dah lebih sebulan dah goyang dan ada dah gigi baru tumbuh kat belakang ) tercabut. Punyalah suka dia pasal dia takut sangat nak cabut gigi tu..( harituh masa abah nya blum keluar lagi dah bawak jumpa dentist, tak nak masuk pun pasal takut sangat ). Alhamdullillah akhirnya tercabut ugak, kalau ikutkan mamanya, memang geram je tengok gigi yg umpama org nak terjatuh kat tebing.. nak pegang gigi tu pun dia tak kasi..anyway semua dah selamat. Alhamdullillah.
Atuk dukung Sumaiyah tgk ikan sblm blk.


Tu dia...tersengih kegembiraan menunjukkan giginya ( tang bawah ) yg dah tercabut. Hi hi..


Farhah baru bangun tido..sedapnya.


Inas dan Rauf pun tido? Aku jelah dok tengok luar..



Antara homework ujikaji tumbuh-tumbuhan yg naufal kena buat..

Sampai je kat rumah malam tuh, terus kembar meneruskan perjalanan ke Sungai Kapal, blk kampung suaminya. Fuh penat betul rasanya perjalanan. Tinggal lah kami 4 branak. Ada dua hari lagi nak sekolah balik, apa lagi pulun homework naufal, separuh dah buat kat kampung, separuh lagi nak tak nak kena siapkan jugak kat sini. Alhamdullillah, setelah puas kena suruh dan duduk depan dia ( sambil membebel kekadang tuh tolong tuliskan ), siap gak homeworknya. Kembar pulak dah puas kat kampungnya, petang Isnin tu balik semula ke rumah saya ( pasal dia naik kereta saya ). Esok pagi2 nak balik KL dengan bas. Sempat lagi malam tuh jenjalan ke Tesco beli barang2. Seronok jugak bebudak tu dapat main kat playland. Lepas tu sempat lagi malam tuh beli tiket bas n makan malam..kat mana ntah, tempatnya kat blakang Hostital Besar tu..ok gak lah. Pagi Selasa tu pagi2 lagi teksi dah tunggu dpn rumah ( karkun jugak, hubby mintak tolong dia hantarkan ke Larkin, siap bayar lagi utk kemudahan kembar saya. ), jadi bertolak mereka naik ke Larkin dgn selamat. Alhamdullillah. Terima kasih Inas, tolong hantar kami. We love you..


Tengah ukur tinggi..hi hi.


Sumaiyah pun seronok.


Dinner time.Inas belanja.


Kekadang tuh bila tiba time feeling ni ditinggal sorang2,terlajak marah kat anak2 atau dibuai perasaan yg bercampur baur nih, yg penting sekali saya kena ingatkan balik, hati kena redho hubby keluar jalan Allah yg mana Allah dah tengok hati, belek2 niat hubby sebanyak 70 kali. Org nak pergi haji pun Allah belek 7 kali je. Betapa terpilih dan bertuahnya hubby dan jemaah iman dan amal yg lain walaupun ramai yg pandang rendah dgn usaha ni. Jadi disaat hati terusik saya suka kalau baca atau ingat hadith ini:


Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkn bahawa Rasulullah saw telah bersabda : Sesiapa yg meyukakan manusia dgn memurkakan ALLAH, maka ALLAH murka terhadapnya dan ALLAH akan menjadikan org2 yg tlh disukakannya dgn memurkakan ALLAH itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yg tlh meyukakan ALLAH dan meyebabkan manusia murka, maka ALLAH akan meyukakannya juga org2 yg tlh dia murkakannya kerana meyukakan ALLAH. Sehingga ALLAH akan memperelokkan dirinya pada pandangan org2 yg marah itu dan ALLAH akan mencantikkan kata2 dan perbuatan dirinya pada pandangan org ramai. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid) - Muntakab Hadith, (Ikhlas Niat ms 654)

Tuesday, May 26, 2009

Jalan-jalan nak makan murtabak Singapore!!


Pergi Singapore ? Tidaklah, mana ada pergi Singapore, tak ada masa hubby nak bawak ke sana walaupun seberang tambak je..he he. Satu hari nanti insyaAllah.
Ni nak cerita pasal murtabak Singapore. Mula2 tengok terperanjat gak besar kemain ( masa masak ), tapi bila dah masak dia lipat2 jadi kecik plak..

Murtabak Singapore dah kena lipat.
Dulu masa duk utara murtabak dia kecik je, murah RM1.20, kulit dia licin, kuah kari n bawang manis. Murtabak Singapore ni plak besar, kulit menggerutu garing2( daging kot ), kuah sos cili n kari harganya RM5. Sedap jugak rasanya.

Order dua set plus one set otak-otak (feveret naufal).
Hubby bagitau murtabak ni kalau jual kat Singapore harganya 5 dolar, sama dgn RM10. Mahalnya.. dan kalau nak rasa murtabak Singapore yg sebijik rasanya cam kat sana ada kat Gerai Tepian Tebrau. Jadi oleh kerana hubby pun nak khuruj bulan dpn, dgn semangat ikram keluarga, kami pun jenjalan kat Tepian Tebrau ptg Rabu tu.

Meh rasa.. apa lagi serbulah..
Sebenarnya hubby jrg nak bawak kami jalan jauh2 bila dah petang. Payah katanya nak solat, tapi haritu kami solat kat Masjid Sultan Abu Bakar (dkt2 situlah jugak ). Itu yg dpt jalan jugak, lagipun bawak budak, payah skit nak handle.
Anyway, akhirnya dpt jugak kami merasa murtabak Singapore yg special itu. Alhamdullillah.

Alhamdullillah, hbs satu set, he he ..cukup utk kami sekeluarga.. satu set lg tapau...berkat rezeki kami.