ORANG TABLIGH
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...
-habis
Taken From my beloved husband's blog :http://ziarah76.blogspot.com/2008/12/puisi-orang-tabligh.html
Marilah kita berkongsi menghayatinya dan semoga Allah s.w.t. mengekalkan saya, suami dan kekawan semua di jalan yg sebenar2nya - kekal dalam usaha iman dan amal ini. Semoga keluarga dan rakan kita yg lain diberi kefahaman dalam kerja ini.
10 comments:
There's group of tabligh (I shud address them as khuruj ke? eheh ke salah term)..anyway derang stay kat same taman ngan along. My guess was derang semua bujang sbb duduk satu rumah ramai2 .. i think around 7 to 8 people kot. dressing description dlm poem ni mmg sgt mcm derang lah. They own cars such as GTI and bike yg kecik sikit dr superbike. I think derang pun kerja and buat tabligh/ khuruj at the same time. I think the negative thinking came from some people who had bad experience with it. Not saying the activity is bad but maybe the families were not being properly educate about the goodness of berdakwah...
Aslm izat, akk dah bc dlm blog hubby awk a few weeks ago, mmg lawak bila bc puisi tu...itulaa reality kita, kita ni kan misteri esp yg tutup lingkup, sapa tgok automatic nmpk big question mark.. kkdg rs mcm org ingt kita alien laa plk.Xpe org xtau kita mlm2 nangis mnta Allah bg depa faham kerja Nabi saw n tmbahkn kfhman kita jg sbb kita pjlanan kita masih jauh... o ye sajak dlm blog akk tu rpnya masih pnjang lum abis d catat oleh kwn akk, so continue reading...
Assalamualaikum along,
Khuruj tu maksudnya keluar buat usaha dakwah (amr bil maaruf nahi anil mungkar ). Jemaah tabligh tu org2 islam yg buat usaha dakwah ( yg sepatutnya dan memang diperintahkan oleh Allah s.w.t - kita lah tuh). Mereka biasanya digelar karkun atau dai'e.
Jemaah ni terdiri daripada berbagai lapisan: tua, muda, kaya, miskin, sihat,cacat ( org buta, pekak), etc . Juga daripada berbagai bangsa: mat saleh, negro, org perancis, china, bangla, arab, india, jepun, seluruh dunia lah..
Profesion derang pun berbagai2, dari chief ceo ke tukang kebun, pemain bolasepak ( tak silap aku anelka perancis nya player pun karkun ). Dulu aku duk kat tepi HUKM, ada ramai doktor yg buat usaha ni, masa kat penang plak, ramai lecturer, professor yg buat usaha ni, bukan setakat kereta, rumah derang mak aii terbeliak kita nengok nya. Besaq ke main..
Tapi tujuan mereka satu, untuk ajak umat islam sekarang ni yg tgh 'sakit tenat' kembali ke jalan Allah. Untuk dapat redha Allah s.w.t. Cara pakaian dan kehidupan (dakwah)derang hanyalah untuk hidupkan usaha/sunah nabi s.a.w, membetulkan yakin dan amalan sesuai ngan kalimah syahadah dan mengajak umat islam yg lain untuk membetulkan yakin dan amalan kepada yg sahih.. Khuruj ni ( keluar jalan Allah ) merupakan satu cara bagi setiap jemaah (yg baru atau lama) untuk belajar hidupkan dan amalkan agama cara sunah rasul s.a.w., cara yang paling Allah terima ( ko ingat tak lagu tanya sama itu hud2, m .nasir, 73 jalan yg sampai hanya 1 jalan? 1 jalan tu amalkan agama ikut perintah Allah dengan cara yg ditunjukkan oleh nabi lah ). Lgi satu,bukan semua jemaah ni dah pandai agama tapi bila khuruj ni mereka akan belajar ( hukum2 ke, baca Quran ke ), siapa yg pandai ( ustaz, maulana )akan ajar yang tak pandai. Bila derang dakwah sebenarnya bukan setakat derang berdakwah kat org, derang berdakwah kat diri sendiri..mengingatkan diri sendiri..
Yg negative thinking tu betullah tu, kebanyakan tak properly expose ngan kepentingan dakwah ( cam aku lah tu he he even shuib sendr dulu lari bila jemaah ni dtg kat bilik dia - 'gua metal maa' ). Lagi satu jemaah ni nampak simple je, jumpa plak org2 kaya dan well educate in hukum2 islam jd tercabarlah skit kot..
Panjanglah plak, aku harap ko faham lah kan.. dulu aku selalu nangis pasal tak faham usaha nih, merajuk apa lagi.. tapi pelan2 pasal selalu nangis2 bila doa Allah kasi faham sikit..sekang nih alhamdullillah masih belajar dan aku harap kita semua pun akan turut sama faham ngan usaha ni.Aku pernah terbaca, kalau umat manusia ni ditunjukkan sedikit sahaja ganjaran org khuruj ni, jantung kita boleh pecah dek kerana besarnya ganjarannya.. insya Allah semoga Allah kasi faham kat kita suma.
Salam kak umi-ali,
He he, betullah tu, dulu saya sendiri kalau tgk org pakai purdah jenjalan sana sini cam tgk alien, pelik benor. Sekarang tgk gak tp perspektif berbeza..lebih mesra.
Kak, kalau malam2 tu doa, nangis utk saya dan keluarga jugak kak. Ya Allah bagi lah kekuatan kepadaku..
Sajak kat blog akak tuh menyentuh hatilah esp bila kena tinggal ni.. hati selalu sensitip lah.
he he he...menariknya puisi...santai berisi...
Assalamualaikum,
Tersenyum saya baca puisi tu.
Salam perkenalan...dengan kuasa Allah tiba-tiba saya tiba ke blog ni( klik link blog ni di blog Ija http://ayatayatcinta.jugem.jp ...sama-sama kat RPKJ,UM dulu).
Izinkan saya link blog ni kat blog saya ye sebab tengok ada byk link ke blog karkunah kat sini...boleh tumpang berkongsi cerita( tapi blog saya cuma ada cerita masak-masak je )
Suami saya dah terlibat dengan usaha ni lama, sejak umur belasan tahun...saya pulak baru kenal dengan usaha ni sejak kawin( baru tak baru dah 8 tahun kawin ). Tapi usaha dari pihak saya tak berapa kuat...kebelakangan ni suami pun dah agak 'sejuk' sikit...doakan kami agar sentiasa dipilih Allah untuk teruskan usaha ni.
Waalaikumsalm maisya,
Salam perkenalan juga kepada maisya.
RPKJ jugak ke? Dok college mana? Saya rumet ija ( 5th college ). Tapi saya Asasi Sains Hayat. Ramai gak rpkj yg saya kenal rapat farid, leha, coy, nor, davi ( sekadar menyebut bbrp nama, yg lain insya Allah ingat muka, nama tak ingat ). Tak silap saya, saya pun ada masuk blog maisya nak cari resepi apa ntah harituh.
Pasal nak link blog saya tu apa salah nya. Saling berkongsi perkara yg bermanfaat. Bloglist saya memang byk karkunah, active menulis n dakwah cam kak umma-ali, ummu fatimah, ahliahnizam dan byk lagi. Byk manfaat dan teladan yang baik kita boleh kongsi bersama.
Husband maisya rpkj juga? Sempai ke kohai? ( tu jelah perkataan yg saya tahu he he ). Tulah kita ni ( ditujukan kepada saya pasal saya pun dah sejuk gak )kena selalu pergi taklim mingguan, kat situ kita boleh perangat skit2 apa yg patut. Taklim kat rumah pun nak kena jaga gak ( pun peringat diri sendiri ). Dah lama saya tak keluar masturat, tu yg beku je nih..masya Allah, apa nak jadi tak tau lah. Semoga Allah tetap pilih kita buat usaha iman dan amal ni hingga akhir hayat. Amin.
Assalamualaikum,
Haah Maisya pun RPKJ, dok third college. Ija pun maybe tak ingat Maisya kot sebab lain course. By the way, Maisya tu bukanla nama sebenar... orang biasa panggil Maizat.
Husband Maisya pun RPKJ tapi dia kohai Maisya, muda setahun. Kami kawin pun masing-masing tak kenal...ada senior & wife dia (karkun jugak) masa kat Jepun dulu yg kenalkan.
Insyaallah cuti sekolah ni hubby akan keluar 40H....sejak kerja( dah 6 tahun) ni la first time dia dpt keluar 40H...kalau masa student dulu sentiasa jaga nisab.
Izat dulu biasa pi taalim kat Mengkuang Titi ye? Maisya pun kadang-kadang pergi sana.
Asalamualaikum...
Ana suka puisi anta..
Walau suka bersulam duka..
Smoga allah mengkabulkan doa dan azam untuk khuruz lagi dan lagi..
Asalamualaikum...
Ana suka puisi anta..
Walau suka bersulam duka..
Smoga allah mengkabulkan doa dan azam untuk khuruz lagi dan lagi..
Post a Comment