Baru2 ni terima berita menyedihkan, Siti Marlina a.k.a Mike telah pulang ke rahmatullah pada 6 Julai 2009 due to breast cancer.
Arwah ni merupakan kawan saya masa saya mula2 masuk uni. Seorang kawan yg supportive, yelah masa mula2 masuk semua dah ada geng atau kawan sekolah lama tp saya sorang2..jd Mike antara yg mula2 jadi kawan..( saya kan 'pemalu' orgnya ). Kalau hari Jumaat je, mesti ikut dia blk rumah parents dia kat Batu Caves, hampir tiap2 minggulah jugak..Ohhh, sedihnya kalau teringat..
Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Dia kat uni pun tak lama pasal tak minat ngan kursus kat uni tu. Dia tukar course tesl kat MPIK dan dah jadi cikgu pun. Last jumpa dia masa dtg jamuan raya rumah dia lebih kurang 12 tahun lps.
Kita boleh kongsi catatan terakhir olehnya di sini..
theskyisred-redsky.blogspot
Masih bersedih. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan oleh Allah s.w.t. dikalangan hamba2nya yg solehah..Al-fatihah..
8 comments:
Innalilah hi wainna ilaihi ro'jiun ...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman, Insya-Allah ...
"Sesungguhnya tiap2 yang bernyawa pasti merasai mati".....
Innalilah hi wainna ilaihi ro'jiun ...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman, Insya-Allah ...
Salam takziah untuk izat..
Thanks ahlianizam n ummi izah,
semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..
Aslm,
Innalillahi wainna ilaihi rojiun...
Hidup lawannya mati, tetapi mati hanya sekali, hidup 2 kali kerana Allah nak beri kehidupan yg lebih baik kpd org yg beriman, diberinya taufiq untuk melakukan amal2 kebaikan semasa di kehidupan dunia.
Kehidupan akhirat abadan abada, tiada penghujung...jd kita anggaplah kawan kita tidak mati tp beralih ke alam lain...sementara kita ni masih lagi dalam perjalanan menuju kampung akhirat.
Perjalanan selepas ini lebih jauh, dalam kubur lebih 50ribu tahun, di mahsyar jg 50ribu thn, di mizan tak pasti lagi, di titisirat 1500 thn.Ini perkiraan untuk manusia biasa tp untuk yg pilihan Allah lebih pendek, dan untuk yg byk dosa lebih panjang lg,nauzubillah.
Akk pun kehilangn kwn asbab breast cancer sblum msuk thn 2000 dulu, yan, nmnya...Semoga mereka di tempatkan di kalangn yg di redhoiNya.Amin.
Innalillah...al fathihah..moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman.
izat, suka akak tengok header kat atas tu...comel2 ! ikut ayah ke ikut ibu dia hihihi...
Innalillah.. akak baca dah blog arwah.. mmg sedih n very touched.. mudahan rohnya ditempatkan di samping org2 beriman.. Amin..
wah! besar dah sumaiyah.. raya nti balik banting lama ke?
Assalamualaikum kak umi-ali,
Hidup kali kedua tulah yg sebenar2nya. Kekadang kita lupa.
Tq mengingatkan keadaan yg menakutkan tu..Semoga kehidupan kita dlm kubur dan akhirat dipermudahkan. Itu yg perlu diusahakan di dunia ni kan?
Assalamualaikum,
Kak suzi,
Tq kak suzi. Tu antara my best friend.. Walaupun kejap je kenal dia, tapi dia baik ngan saya.
Kak suzi suka header tu? he he, comel2 tu mesti dia ikut jeng2...campurlah kak suzi, ikut saya ngan bapak dia..rupa kami pun lebih kurang sama je..ha2
Kak nurul,
Sedih kan? Tahu dia ada blog bila dia dah meninggal..tu yg terasa tu..bila tgk gambar anak dia lg sedih..ishhh..semoga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman.
Raya ni tak taulah kak nurul, biasalah kena ikut sahbulah nya cuti..he he..
Post a Comment