Tuesday, July 28, 2009

Promosi! promosi! promosi!

Ada baju baru?? Baju lama nak nampak baru?? Tudung lama nak nampak baru??
Kalau nak nampak baru ada satu cara iaitu tambah manik... macam gambar kat bawah ni. Boleh nampak baru skit.
Saya nak promote ni, baru-baru ni saya tengok baju mak yg lama nampak menarik sgt, check punya check mak saya tambah manik rupanya. Pastu saya pun dapat idea nak sulam tudung saya macam kat bawah ni.
Komen saya jahitannya memang tip top, kemasss. Manik yg digunakan cantik dan design pun macam2,ala-ala butik gitu. Kakak Ita (tuan punya blog Butik n Chocolate) tu pun slalu gak jahit manik baju pengantin.
Kalau nak detail boleh la datang ke blog dia Butik n Chocolate.
Harga berpatutan la... untuk baju koler lengan dgn bawah baju kakak tu offer about RM50-60 je...depends on how many manik yg diguna.
Tudung hitam saya... minta tolong tambah manik.

Tudung ni simple je tapi bila dah taruk manik jadi lawa pulak.

Dari dekat tudung pink.

Dari jauh tudung pink.. menarik kan.

2 comments:

Suzi said...

cantik!...tapi bila dah ada manik ni nak cuci tu lecehlah ..mana blh masuk mesin basuh hihihi. tapi tudung ok lagi... ringan je...(nampak benar akak ni malas hihihi...)

izat said...

Assalamualaikum..
Kak suzi betul lah tuh..payah skit kalau baju ada manik2..tu yg pikir 2,3 kali..takut payah nak jaga..yelah anak tgh lasak..konon nak nampak cantik nanti nampak selekeh jadinya ha3..tu pasal buat tudung je..pesan kat kakak tu buat simple2 je.. he he.. kat sini org ramai yg belajar jahit manik ni..saya je yg out..tak de talent.