Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, October 28, 2009

Marshmallow halal!!!!

Assalamualaikum..

Lama betul rasanya tak update blog. Tak de mood, malas, tak de idea, tu lah menyumbang kemalasan tu. He he..Tapi apa pun, walaupun tak update blog, saya still dok mengunjung ke kawan2 punya blog, baca story, khabar, macam2 lah..tapi dok baca ajelah,sampai kawan gi haji pun tak sempat ucap selamat... ( bila lah nak gi haji nih ).

Ni nak story sikit, suka tak ngan marshmallow? Saya memang geram tgk gebu2 je jajan nih, tp rasa cam was2 lah plak. TETAPI..( besor tu 'tetapi' nya ) baru2 ni ada pulak marshmallow yg halal diiktiraf oleh HDC. Apa lagi ambik kesempatan lah merasa...fuh sedap ugak bila dibakar ( kat api dapur je..he he ), org kata kalau cicah ngan coklat lagi sedap ( blum pernah merasa ). Allah kasi sedap. Memang masa mula2 tu anak2 pun menjakun lah nak merasa marshmallow bakar je. Bagi saya yg bakar ni lagi sedap.

Seterusnya, saya ambik kesempatan nilah utk mempromote marshmallow ni, he he..sambil menyelam nak minum air lah jugak kan...marilah ke kedai saya. Di situ marshmallow halal ini ada dijual.





Order pertama, sebungkus lebih kurang 20g, harga RM2.50 untuk door gift Dinner Utusan Malaysia Cawangan Johor, Johor Bahru.


Ada 26 bungkus semuanya.

Bentuk Burger


Bentuk Twist

Bentuk Flower ( yg ni sedap )

Jadi kengkawan sekiranya berminat marilah datang ke kedai saya..

Tuesday, May 26, 2009

Jalan-jalan nak makan murtabak Singapore!!


Pergi Singapore ? Tidaklah, mana ada pergi Singapore, tak ada masa hubby nak bawak ke sana walaupun seberang tambak je..he he. Satu hari nanti insyaAllah.
Ni nak cerita pasal murtabak Singapore. Mula2 tengok terperanjat gak besar kemain ( masa masak ), tapi bila dah masak dia lipat2 jadi kecik plak..

Murtabak Singapore dah kena lipat.
Dulu masa duk utara murtabak dia kecik je, murah RM1.20, kulit dia licin, kuah kari n bawang manis. Murtabak Singapore ni plak besar, kulit menggerutu garing2( daging kot ), kuah sos cili n kari harganya RM5. Sedap jugak rasanya.

Order dua set plus one set otak-otak (feveret naufal).
Hubby bagitau murtabak ni kalau jual kat Singapore harganya 5 dolar, sama dgn RM10. Mahalnya.. dan kalau nak rasa murtabak Singapore yg sebijik rasanya cam kat sana ada kat Gerai Tepian Tebrau. Jadi oleh kerana hubby pun nak khuruj bulan dpn, dgn semangat ikram keluarga, kami pun jenjalan kat Tepian Tebrau ptg Rabu tu.

Meh rasa.. apa lagi serbulah..
Sebenarnya hubby jrg nak bawak kami jalan jauh2 bila dah petang. Payah katanya nak solat, tapi haritu kami solat kat Masjid Sultan Abu Bakar (dkt2 situlah jugak ). Itu yg dpt jalan jugak, lagipun bawak budak, payah skit nak handle.
Anyway, akhirnya dpt jugak kami merasa murtabak Singapore yg special itu. Alhamdullillah.

Alhamdullillah, hbs satu set, he he ..cukup utk kami sekeluarga.. satu set lg tapau...berkat rezeki kami.

Wednesday, May 13, 2009

Ooo char kue teow... sedappnyaa.

Tu diaaa.. char kue teow penang....

Lama tak buat posting baru, haaaa.. tengok gambar tu nampak sedap tak? Ni bukan nak promote tapi nak cakap kue teow macam ni dah lama saya dan suami carik. Itu lah namanya char kue toew penang. memang sedappp..
Kue teow ni memang banyak kat penang, dulu masa duduk kat penang memang selalu makan. Lepas pindah JB, selalu teringat2.
Entah macam mana kebetulan hari tu lepas balik taklim masturat... pegi jalan2 kat bandar baru UDA tiba-tiba terjumpa kue teow ni... fuhhh mmg mengimbas kembali la.. rasa dan bau dia masak sebijik macam kat Penang.
Sebelum ni ada jugak jumpa char kue teow yg dikatakan resepi penang di JB ni, tapi tak jadi, rasanya tak macam penang pun.
Tapi di UDA ni memang sama macam penang. Kalau nak tau boleh la try...
Dulu masa kat penang, suami saya mesti duduk kat depan-depan orang masak tu, nak tengok macam mana dia masak. balik rumah try masak mesti tak jadi. Saya lagi tak jadi. hehehe
masak kue teow kering tau la..

Wednesday, April 22, 2009

Coklat haram?


COKLAT haram? pelik betul Malaysia ni, kata negara Islam, tapi masih ada coklat haram.
Rujuk berita kosmo ni Coklat import ada lemak babi .
Lagi satu berita tajuk "HDC tidak boleh halang coklat haram' antaranya menyatakan HDC tak boleh sekat makanan itu kerana ada permintaan dari pelbagai kaum.
Yang peliknya, macam mana badan Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC) boleh tak war-warkan perkara ni. Dalam berita tu pihak HDC kata pembelian coklat luar negara boleh dielakkan jika pengguna Islam hanya pilih produk yang mempamerkan logo halal. Masalahnya, berapa ramai orang Islam yang ambik berat pasal logo halal ini. Bayangkan betapa ramainya orang Islam dah makan coklat luar negara yang status halal atau haramnya tak diketahui.
Saya rasa sepatutnya, pihak HDC perlu tegas dalam hal macam ni. Makanan yang takde logo halal keluaran luar negara perlu diasingkan dan dilabelkan secara jelas dan terang dengan tanda 'TIDAK HALAL' bagi memudahkan pengguna Islam.
Kan negara ni negara Islam dan majoriti penduduknya Islam, takkan benda macam ni pun tak boleh nak buat!!
Itu baru coklat, belum makanan lain. Misalnya keju (yang mengandungi renin - kalau nak tau apa renin refer wikipedia) dan biskut bersusu yang mengandungi serbuk wei (sampingan renin), pening kepala kadang2 tu nak pilih makanan kat pasaraya.
Anak-anak dah lama merengek nak makan piza kat luar tapi tak dapat pasal tak tau keju yg digunakan tu macam mana.
Kalau nak makan piza pun buat sendiri, itu pun jenuh memilih bahan dan keju nya. Itu pun lepas check kat internet, banyaakk kali.
Teringat pulak sepotong hadith, mafhumnya:
Sabda Rasulullah s.a.w, seseorang yang makan minumnya dari sumber yang haram doanya tidak akan dikabulkan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, makan lah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu."
Kita fikir-fikir la mana yang baik dan pilih la yg terbaik untuk kita, anak2, keluarga dan masa depan.
Ya Allah permudahkan kami.