Wednesday, October 28, 2009

Marshmallow halal!!!!

Assalamualaikum..

Lama betul rasanya tak update blog. Tak de mood, malas, tak de idea, tu lah menyumbang kemalasan tu. He he..Tapi apa pun, walaupun tak update blog, saya still dok mengunjung ke kawan2 punya blog, baca story, khabar, macam2 lah..tapi dok baca ajelah,sampai kawan gi haji pun tak sempat ucap selamat... ( bila lah nak gi haji nih ).

Ni nak story sikit, suka tak ngan marshmallow? Saya memang geram tgk gebu2 je jajan nih, tp rasa cam was2 lah plak. TETAPI..( besor tu 'tetapi' nya ) baru2 ni ada pulak marshmallow yg halal diiktiraf oleh HDC. Apa lagi ambik kesempatan lah merasa...fuh sedap ugak bila dibakar ( kat api dapur je..he he ), org kata kalau cicah ngan coklat lagi sedap ( blum pernah merasa ). Allah kasi sedap. Memang masa mula2 tu anak2 pun menjakun lah nak merasa marshmallow bakar je. Bagi saya yg bakar ni lagi sedap.

Seterusnya, saya ambik kesempatan nilah utk mempromote marshmallow ni, he he..sambil menyelam nak minum air lah jugak kan...marilah ke kedai saya. Di situ marshmallow halal ini ada dijual.





Order pertama, sebungkus lebih kurang 20g, harga RM2.50 untuk door gift Dinner Utusan Malaysia Cawangan Johor, Johor Bahru.


Ada 26 bungkus semuanya.

Bentuk Burger


Bentuk Twist

Bentuk Flower ( yg ni sedap )

Jadi kengkawan sekiranya berminat marilah datang ke kedai saya..

21 comments:

umma-ali said...

Assalamualaikum izat, lama benau tokey ni rehat...sibuk le tu nguruskan kedai, ek?InsyaALLAH nak jg oder soka tu nak pakai masa kuar 40h ke Palembang nanti, insyaALLAH. Semoga mudah nak amik wudhu semasa dalam perjalanan. Biasanya kalau jalan jauh2 ni akak pakai khuf tp sabar je lah sbb cuaca kita kan panas, berpeluh2 kaki kat dalam khuf tu, yg harunya kdg2 tak perasan kasut dah tanggal sbb pki khuf tu dah rasa mcm pki kasut je.Nnt akak sms insyaALLAH. Mmm...marshmallow, apa rasanya ntah, tak pnah makan wpun kat US dulu sbb tau takde yg halal punya, jd tak teringin lgsung...

karkunah said...

salam..ziarah..marshmallow??pe benda tuh??..hihi..maaf x tau..can we change link?

izat said...

Salam kak umma-ali, he he lama tak hapdet blog. Akak ke palembang cuti sekolah ni ye ( haritu baca komen akak kat Azhar )..beruntung akak dipilih Allah.. saya ni je dok teringat2 masa keluar 3 hari dulu...( dah jadi ais dah saya ni ). Akak biasa pakai khuf ( 1st time dengor ni ha, sib baik cik abg ziarah76 tak kerja hari ni, leh tanya )? Sunnah tul. Tapi kalau akak nak beli Soka tu sms lah saya, calling2 ke, bolehlah sediakan apa yg patut..Sekarang ni org nak pergi haji senang je, tp nak keluar jalan Allah susah, kena 70 kali telek. Yg penting sekali doa kan saya dan cik abg ziarah76 kita tu ( '4 wives' tu usahlah kak he he )

Assalamualaikum Karkunah,
terima kasih datang, welcome to my blog, saling meng'link' lah kita. Semoga dapat berkongsi manfaat daripada hubungan alam maya ni.

umma-ali said...

O..tak faham rupenye ko ni!!!
1.ad dakwah
2.ad dakwah
3.ad dakwah
4.izat
kan dah cukup korum?

izat said...

Kak umma ali, faham kak he he, melawak je tadi tu, cik ziarah 76 ada kat tepi kita tadi he he..anyway kak doa ye utk kami ye.

Ummi-Izah said...

assalamualaikum izat...insya allah nak beli nak beli...tapi bagi quotation kat saya bleh yg rege rm2.50 ader berapa ketui ker gram hehe...kalo kuantiti byk brapa plak..emm keluaran mana..hehe ni nak test market opis suami saya

Ummi-Izah said...

salam izat bg saya quo by kg yer jgn mahal sgt sebab kena cover postage nih hehe..kira harga borong bleh...send ke email saya amirizah78@yahoo.com

MamaFaMi said...

Salaam...

Marshmallow ni buatan sendiri ke?

izat said...

Salam Mamafami,

Ni mamafami yg pandai masak tu kan? Saya selalu gak gi 'dapur ' akak :).
Marshmallow tu bukan buatan sendiri tp dr China ( chinese muslim yg buat). Tp HDC dah certified halal,leh refer my other blog http://pakaiansunnah.blogspot.com/

aashaku said...

hmmmm dap jer nampaknya marshmallow tuh kan kan...tringin nih....slalu tgk omputih jek mkn... hahaha...dibuat dr apa eks... kena dtg kedai ya nak bli...online tade ker...anyway syabas telah menambahkan lagi produk halal di msia..

izat said...

Salam kak aashaku,
He he boleh tahan lah kak sedapnya, sesekali nak rasa kelainan lagipun halal. Allah yg kasi sedap.
Saya pun baru je merasanya, ada lah konon2 try bakar, hemm sodap jugak..hi hi..
Untuk detail akak leh dtg kedai saya http://pakaiansunnah.blogspot.com/
Sambil2 tu boleh menjamu mata tgk pakaian dgn harga berpatutan.

Anonymous said...

salam....
saya nak tanya, confirm ke halal?maaf nak kongsi sedikit, setahu saya marshmallow ni pembuatannyer memang tak halal.sebab salah satu ingredient yang boleh ia membentuk menjadi marshmallow adalah gelatin. ada banyak jenis gelatin.gelatin tumbuhan dan gelatin haiwan. marshmallow ini pula hanya bole terbentuk dengan baik,smooth dan sedap hanya dengan menggunakan gelatin dari babi. sumber saya adalah kajian daripada salah seorang guru saya semasa dia belajar di USA.
dikatakan memang tak boleh terbentuk jadi marshmallow jika pakai gelatin selain gelatin babi. saya harap sangat anda kaji lagi kehalalan makanan tersebut. selalunya ahli kimia mampu mengkaji pasal food chemistry marshmallow ini.bole tanya mereka.apa yg kita makan akan jadi darah daging.mudahan2 kita makan makanan yg halal suci dan bersih.wallahualam.

Ummi said...

Nak tolog jawab boleh ke..

mashmallow halal daripada vegetarian geletin. Mungkin tak sesedap gelatin daripada binatang atau babi, agaknya la sebab tak pernah makan, tapi at least terjadi lah jugak gelatin yg halal at least anak2 kita bolehlah merasa..

HDC biasanya bukan sahaja ada auditer bahagian shariah, tapi jugak dari bahagian sains pemakanan. Setiap bahan kenalah di bawa ke makmal dan di kaji terlebih dahulu..so, bukan senang2 ja nak bagi halal ni.

So, to anonymous, banyak benda2 yg kita orang islam boleh buat dan pandai membuat, tak perku kena dari gelatin tak halal atau babi sahaja yg sedap atau jadi, banyak cara yg boleh. Cuma samaada menjadi keperluan atau tidak. Bila dah jadi keperluan, maka adalah yg menkaji dan membuatnya, akhirnya ekonomi org islam sendiri, bertambah..jugak kepandaian..

Insya Allah Izat mesti check dulu sebelum jual, even kat UK dah ada Mashmallow yg halal, tapi bukan buat di Chia, tapi di kilang org islam di UK ni..Sekarang mana2 pun dah banyak benda2 halal ni..Insya Allah.

izat said...

Salam,
TQVM kak ummi tlg jawabkan.

To anonymous,
Utk pengetahuan, marshmallow ni dtg dr china ( chinese muslim yg buat ) dan dibuat dr beef gelatin ( pakistan ). Ia sudah disahkan halal oleh HDC ( Halal Industry Development Corporation )- yg ambil alih JAKIM dalam urusan halal makanan etc di Malaysia. Sijil halal marshmallow ni, saya sudah sertakan di blog satu lagi ( kedai saya )http://pakaiansunnah.blogspot.com/.
Tentang kajian, maaf saya tidak ada kemampuan untuk membuat kajian yg memakai kos yg tinggi but since HDC mempunyai bahagian sains pemakanan ( cam kak ummi bgtau )untuk mengkaji struktur kimia makanan ( ada bhn tak halal atau sebagainya ), kita boleh gunapakai pengesahan halalnya kan?
Insya Allah saya menjual marshmallow yg halal kerana saya juga org islam yg PENTINGKAN KEBERSIHAN/KESUCIAN makanan. Sebelum saya jual, saya dah tanya pihak pembekal dari mana dtgnya, siapa yg buat dan ingredient serta sijil halal. Kalau tak de semua itu, saya TAK berani nak jual.
Lagi satu, yg buat sedap sesuatu makanan itu bukan dari bhn nya tapi Allah swt yg buat sedap, esp kalau makanan itu dr bhn2 yg suci.
Anyway, tq memberi peringatan kepada saya.

azie said...

kak izat..nak tanye tntg marshmallow tu..saya berminat nak oder. kalau kilo bape + postage...

izat said...

azie,
maaf la... sekarang dah tak jual lagi pasal permintaannya kurang memberangsangkan, nak simpan stok lama2 di rumah tak tahan, cepat cair.
Stok purdah byk le, nak beli satu? hehe

Anonymous said...

nak beli mashmillow dlm kuantiti y banyak... tlg msg kat n0 0194521187..

liyana said...

salam...maaf ye menganggu dan mencelah...sy liyana..menjual marshmallow halal..sy walk blogging then terjumpa blog ni...ada cerita pasal marshmallow...sy menjual tegar marshmallow dan cheese powder..semua ada sijil halal...klau nak membeli untuk kudapan,doorgift dan borong dipersilakan...:)
sy dah menjual marshmallow secara serious slama 5 bln dan cheese powder selama 10 bulan...memang masih baru lg..tp dah bergiat cergas..alhamdulillah...rezeki...

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]free casino[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino[/url] manumitted no set aside bonus at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
[/url].

Anonymous said...

[url=http://www.23planet.com]online casino[/url], also known as operative casinos or Internet casinos, are online versions of commonplace ("crony and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to tone down and wager on casino games with the save the Internet.
Online casinos habitually ask for odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos exhort on higher payback percentages with a localize link gismo games, and some impel known payout concord audits on their websites. Assuming that the online casino is using an suitably programmed unspecific over-sufficient generator, catalogue games like blackjack be compelled an established carriage a face edge. The payout model up as a replacement in the entertainment of these games are established sooner than the rules of the game.
Bifurcate online casinos sublease or brooch their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Sophistry Technology and CryptoLogic Inc.

Anonymous said...

Thanks to my father who informed me regarding this
weblog, this webpage is genuinely remarkable.

Also visit my blog ... ford ranger