Tuesday, May 26, 2009

Jalan-jalan nak makan murtabak Singapore!!


Pergi Singapore ? Tidaklah, mana ada pergi Singapore, tak ada masa hubby nak bawak ke sana walaupun seberang tambak je..he he. Satu hari nanti insyaAllah.
Ni nak cerita pasal murtabak Singapore. Mula2 tengok terperanjat gak besar kemain ( masa masak ), tapi bila dah masak dia lipat2 jadi kecik plak..

Murtabak Singapore dah kena lipat.
Dulu masa duk utara murtabak dia kecik je, murah RM1.20, kulit dia licin, kuah kari n bawang manis. Murtabak Singapore ni plak besar, kulit menggerutu garing2( daging kot ), kuah sos cili n kari harganya RM5. Sedap jugak rasanya.

Order dua set plus one set otak-otak (feveret naufal).
Hubby bagitau murtabak ni kalau jual kat Singapore harganya 5 dolar, sama dgn RM10. Mahalnya.. dan kalau nak rasa murtabak Singapore yg sebijik rasanya cam kat sana ada kat Gerai Tepian Tebrau. Jadi oleh kerana hubby pun nak khuruj bulan dpn, dgn semangat ikram keluarga, kami pun jenjalan kat Tepian Tebrau ptg Rabu tu.

Meh rasa.. apa lagi serbulah..
Sebenarnya hubby jrg nak bawak kami jalan jauh2 bila dah petang. Payah katanya nak solat, tapi haritu kami solat kat Masjid Sultan Abu Bakar (dkt2 situlah jugak ). Itu yg dpt jalan jugak, lagipun bawak budak, payah skit nak handle.
Anyway, akhirnya dpt jugak kami merasa murtabak Singapore yg special itu. Alhamdullillah.

Alhamdullillah, hbs satu set, he he ..cukup utk kami sekeluarga.. satu set lg tapau...berkat rezeki kami.

8 comments:

Suzi said...

salam izat...cam sdap je murtabak tu...mewah rasa...

ikram ...jgn ikram....:)

izat said...

Salam Kak Suzi,

Murtabak tu memang sedap.. blk Malaysia kalau turun JB, leh gi Tepian Tebrau try :).. Ha ah sekang nih hubby tgh ikram sungguh nih..he he

azharjaafar said...

salam. baik punya ikram ni. kalo gitu 4bln terus lah.he.he he.

Ahlia Azhar

izat said...

Assalamualaikum kak ana,
Kalau 4 bulan ikram mesti kena lebih dari ni ha ha ha..
4 bulan insya Allah.. satu hari nanti Allah pilih, sedia ke tak sedia ke keluar jugak kan.. doa hidayat utk saya...

Suzi said...

salam izat, macamana keadaan izat dan anak2 harap sihat. moga Allah permudahkan segala urusan sepanjang hubby takde...

izat said...

Salam kak suzi..
Alhamdullillah suma ok je.. Sekang nih kat kampung banting, 2 minggu cuti sekolah.. hrp Allah kabulkan doa supaya semua berjalan lancar..
Dgr cerita abg ben nak hbs study ye.. tahun dpn blk mesia lah kak suzi..

ahliah cikgu khairul said...

Assalamua'alaikum... izat n anak2 apa2 kabar? Mudahan sentiasa di bawah peliharaan Allah dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.. kami sentiasa doakan dr jauh...
sedapnya murtabak tu.. sebelum2 ni akak mkn kt kedai kt bandar muar.. lama x makan.. hehehe.. terliur plak..

izat said...

Assalamualaikum kak nurul..
Murtabak tu memang sedap, besar lak tu..Alhamdullillah cukup utk kami..
Kami anak branak suma ok, esok blk jb, kembar hantar.. kalau sendr drive mahu mlm sampai..he he..insya Allah semoga Allah mudahkan perjalanan.. kak nurul doa utk kami ye..