Thursday, June 18, 2009

Lamanya..

Salam semua..wah lama betul rasanya tak active internet..new post lagilah. Kenapa? Tak de mood kot, lagi pun masa cuti sekolah balik kampung, 2 minggu kat kampung..wuih memang seronok, budak2 lagilah..kerja diorang main je..n of course tgk tv yg cartoon je 24 hours. Yelah kat rumah sendiri, tgk tv ada curfew. Kat kpg ada gak curfew tapi pilihan byk.. hiburan dunia, ishk ishk..kena gak sound bebudak nih sebab ceritanya kekadang tak sesuai. Bapak budak? Emm.. hari ni dah masuk 19 hari khuruj, 1 Jun hari tu start keluar 40 hari usaha iman dan amal. Tempatnya, utara, Sik Kedah.Tu pun penyumbang utama gak kenapa tak de mood nak buat post baru n 'interneting' he he..

Masa blk kampung haritu hubby hantar, terus dia ke Seri Petaling, adik dia hantarkan..haa nak blk sini tu yg mujahadah, 4 jam perjalanan tanpa henti. Kalau berhenti2 mahu makan masa sampai 6-7 jam tuh..Camna nak drive sendiri? Mesyuarat punya mesyuarat, mintak tolong kakak kembar hantar balik. Lagipun kampung suaminya kat Sg Kapal, jadi kalau mintak tolong dia, dia boleh blk kampung suami dia jugak kan. Bincang punya bincang alhamdullillah Allah mudahkan perjalanan kami, kembar setuju nak hantar saya balik. Asalnya tak nak balik kampung susah nanti, ditambah lagi dgn soalan2 'mendebarkan' dari keluarga. Selama nih kalau hubby keluar khuruj ( depa panggil tabligh ), kita cover line, then kali ni konon nak terus terang malas nak cover2, ermm maka terimalah feedback yg kekadang kita boleh balas, kekadang kita senyap kan aje, kekadang menangis je lah..40 hari kena tinggal beb mana tak bising org tua..siap warning no more outing like this anymore, kalu nak jugak tunggu anak dah besor..Ya Allah bagilah kekuatan kepadaku yg serba lemah ni.

Memandangkan kereta hubby tinggalkan kat saya sepanjang dia keluar nih.. kat kampung aktivitiku asyiklah ke Banting je.. bawak mak jenjalan..ke Econsave, ke Megah, ke mana2 jelah.. cuma satu je yg kami tak gi ( yg sepatutnya dan selalu pergi ) ke pantai Morib..ok ugaklah tak ke situ kalau tidak siaplah nenek n atuk kena beli macam2 mainan bagai, layang2lah, bubble lah.. kalau mama, tak layan lah. Bagi saya pulak, masa nilah nak makan yong tau foo kuah hitam( kat sini yong tau foo nya kuahnya sup ), beli kuih2 yg murah ( 4 biji 1 ringgit ), makan mee jawa banting dan yg paling penting makan masakan mak....nyum nyum.

Akhirnya setelah hampir dua minggu kat kampung, hari Jumaat lepas, kami 4 beranak pun bertolaklah dari Banting ke jb dengan kembar saya 3 branak. Dalam perjalanan ni pun ada gak cerita menarik. Untuk pertama kalinya dalam hidup Naufal ( anak sulung ), giginya ( yang dah lebih sebulan dah goyang dan ada dah gigi baru tumbuh kat belakang ) tercabut. Punyalah suka dia pasal dia takut sangat nak cabut gigi tu..( harituh masa abah nya blum keluar lagi dah bawak jumpa dentist, tak nak masuk pun pasal takut sangat ). Alhamdullillah akhirnya tercabut ugak, kalau ikutkan mamanya, memang geram je tengok gigi yg umpama org nak terjatuh kat tebing.. nak pegang gigi tu pun dia tak kasi..anyway semua dah selamat. Alhamdullillah.
Atuk dukung Sumaiyah tgk ikan sblm blk.


Tu dia...tersengih kegembiraan menunjukkan giginya ( tang bawah ) yg dah tercabut. Hi hi..


Farhah baru bangun tido..sedapnya.


Inas dan Rauf pun tido? Aku jelah dok tengok luar..



Antara homework ujikaji tumbuh-tumbuhan yg naufal kena buat..

Sampai je kat rumah malam tuh, terus kembar meneruskan perjalanan ke Sungai Kapal, blk kampung suaminya. Fuh penat betul rasanya perjalanan. Tinggal lah kami 4 branak. Ada dua hari lagi nak sekolah balik, apa lagi pulun homework naufal, separuh dah buat kat kampung, separuh lagi nak tak nak kena siapkan jugak kat sini. Alhamdullillah, setelah puas kena suruh dan duduk depan dia ( sambil membebel kekadang tuh tolong tuliskan ), siap gak homeworknya. Kembar pulak dah puas kat kampungnya, petang Isnin tu balik semula ke rumah saya ( pasal dia naik kereta saya ). Esok pagi2 nak balik KL dengan bas. Sempat lagi malam tuh jenjalan ke Tesco beli barang2. Seronok jugak bebudak tu dapat main kat playland. Lepas tu sempat lagi malam tuh beli tiket bas n makan malam..kat mana ntah, tempatnya kat blakang Hostital Besar tu..ok gak lah. Pagi Selasa tu pagi2 lagi teksi dah tunggu dpn rumah ( karkun jugak, hubby mintak tolong dia hantarkan ke Larkin, siap bayar lagi utk kemudahan kembar saya. ), jadi bertolak mereka naik ke Larkin dgn selamat. Alhamdullillah. Terima kasih Inas, tolong hantar kami. We love you..


Tengah ukur tinggi..hi hi.


Sumaiyah pun seronok.


Dinner time.Inas belanja.


Kekadang tuh bila tiba time feeling ni ditinggal sorang2,terlajak marah kat anak2 atau dibuai perasaan yg bercampur baur nih, yg penting sekali saya kena ingatkan balik, hati kena redho hubby keluar jalan Allah yg mana Allah dah tengok hati, belek2 niat hubby sebanyak 70 kali. Org nak pergi haji pun Allah belek 7 kali je. Betapa terpilih dan bertuahnya hubby dan jemaah iman dan amal yg lain walaupun ramai yg pandang rendah dgn usaha ni. Jadi disaat hati terusik saya suka kalau baca atau ingat hadith ini:


Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkn bahawa Rasulullah saw telah bersabda : Sesiapa yg meyukakan manusia dgn memurkakan ALLAH, maka ALLAH murka terhadapnya dan ALLAH akan menjadikan org2 yg tlh disukakannya dgn memurkakan ALLAH itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yg tlh meyukakan ALLAH dan meyebabkan manusia murka, maka ALLAH akan meyukakannya juga org2 yg tlh dia murkakannya kerana meyukakan ALLAH. Sehingga ALLAH akan memperelokkan dirinya pada pandangan org2 yg marah itu dan ALLAH akan mencantikkan kata2 dan perbuatan dirinya pada pandangan org ramai. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid) - Muntakab Hadith, (Ikhlas Niat ms 654)

8 comments:

MommyCT said...

kuatkan semangat chot ye. It is for a good cause.

Umma-ali said...

Aslm, semoga tabah & ingt selalu kehidupan syurga yg kekal abadi, maka 40h tu hnya beberapa saat je. Di pdg mahsyar sebelum penghisaban, sekumpulan wanita berlari2 menuju syurga. Ditahan malaikat mengadu pd Allah, mereka ni belum di hisab amalannya...maka Allah berfirman biarlah mereka adalah wanita2 yg di dunia dahulu sering ditinggal2kan suami krn agama, di hari ini Aku malu untuk menghisab mereka...mafhum byn. Jd jgnla sedih, nnt kita bngkit di sebelah kita Aisyah, Khodijah, Fatimah, Khansa dll...yaqinlah. InsyaAllah.

izat said...

Assalamualaikum,

Along,
tqvm long, ni tgh membina semangatlah nih, biasalah kalau benda baik syaitan suka kacau.

Kak ummi-ali,
tqvm too for the zihin. Kena baca byk kali tuh..memang terubat perasaan.Aura org br blk masturat 12hr memang power.

azharjaafar said...

Salam.
Sahabiah2 bila suami mereka klr khuruj d jln Allah, xtau bila dpt berjumpa lg... tp kite ni (sy) bila hubby khuruj di jln Allah, siap tanda kt calendar tarikh blk... hehehe

Jgn sedih2. Nti hubby izat x leh buat keje. Bile kite sedih, die jugak akn sedih. tapi bile kite fikir risau atas umat, InsyaAllah fikir die pun xlari hehehe

Kak ana

MommyCT said...

Chot....amik award dr blog along ye..

izat said...

Assalamualaikum,

Kak ana,
he he..betul tuh.. manusia biasalah kak ana, saya nih kurang doa nih..Teringat masa saya kuar masturat 3 hari dulu tak brani ingat2 anak, takut depa ingat kita.

Along,
tq, ni award spesel nih.. eh kenapa ko punya blog payah nak view comment?

Suzi said...

salam izat...
susah2 dahulu...senang2 kemudian hari...
byk2 sabar dan byk2 doa kat Allah SWT...
semoga Allah permudahkan segala urusan...

ahliacikgukhairul said...

salam ijat.. ni br bukak baca blog ijat.. apa yg akak sibukkan pun x tau la tp akak selalu doakan ijat sekorga sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan. maaf sbb jarang tanya khabar. Betul kata ijat. Ramai org pandang rendah pd usaha dakwah ni. Termasuk la akak sbb kalau family tanya cikgu pegi mana takut nak berterusterang.. dok coverline je.. Lemahnya iman akak..