Wednesday, December 30, 2009

Anniversaryyy!!!!


Ni produk 8 tahun kami!!!

Naufal- si sulung lahir 5.10.2002


Nurfarhah lahir 12.8.2004
Siti Sumaiyah lahir 16.7.2008

Wahh...senyap tak senyap, diam tak diam, dah 8 tahun dah kami nikah.Semalam ( 29/12/2009 ) genap 8 tahun kami nikah muahahaha...Tapi cam biasa, anniversary berlalu begitu sahaja..

HAAAA???? Berlalu begitu saja tu maknanya terlupa cam biasa, he he samada kami berdua sama2 lupa, hubby lupa atau saya lupa..yg kelakar nya, 2,3 hari atau seminggu sebelum tarikh tu dah ingat dah, siap set lagi kat kepala jemala ku ini, " ooo tak lama anniversary" tp on the date tetap lupa gak, hi hi.. bila ingat blk dah terlepas tarikh nya.

Semalam yg ingat hari bersejarah ni, hubby ( 1st time ingat ni setelah 8 tahun nikah ) , tapi dah mlm baru teringat. Errmmm dah lewat benor jd cam hari2 biasalah jugak, no special event, sob sob.

Sepanjang yg saya ingat lah sekali je yg kami sambut, kami beli meja makan untuk 1st anniversary kami ( tahun pertamalah tu). Selepas2 tu, ada je benda2 yg kami buat sampai terlupa date tuh. Berikut sambutan anniversary kami:

1. 1st Anniversary ( 2002 KL ) : Beli meja makan

2. *2nd Anniversary (2003 KL-Penang ) : Mabuk pregnantkan Farhah, kami sibuk pindah Penang

3. *3rd Anniversary ( 2004 Penang ) : Balik kampung Banting, kembar saya nikah

4. *4th Anniversary ( 2005 Penang ) : Klau tak silap, beli digital kamera

5. *5th Anniversary ( 2006 Penang ) : 1st time keluar masturat kat Trong, Taiping, Perak.

6. *6th Anniversary ( 2007 Penang - JB ) : Mabuk pregnantkan Sumaiyah, ada kat Banting, sibuk nak pindah JB.

7. *7th Anniversary ( 2008 JB ) : Sibuk bayar yuran sekolah ( SRAB, JB ), Naufal nak masuk darjah 1.

8. 8th Anniversary ( 2009 JB ) : Sibuk urus anak etc.

Note : Mana yg tanda * , tu terlupa tarikh lah tu...he he. Kesimpulannya byk yg lupa dr ingat...isk5.

Persoalannya, memang org yg dah kawin ke je yg lupa ye? Kalau dah teringat nak buat apa ye? Nak buat2 merajuk pasal spouse kita lupa atau buat2 tak tahu je..As for me, saya buat cam biasa je, buat2 lupa, buat cam hari2 biasa, masak simple2..la la la la..nak buat apa lagi kan?

Apa pun semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga, memberkati rezeki kami, memurahkan rezeki kami dan memilih kami sekeluarga lagi dan lagi buat usaha iman dan amal, menerima amalan kami, menempatkan kami ke dalam syurga Firdaus tanpa hisab, jauhkan kami sekeluarga daripada api neraka Jahannam, jadikan kami sekeluarga, anak cucu kami daie daiemah, hafiz hafizah, soleh solehah. Ya Allah perkenankan doa ku Ya Allah. Amin.

10 comments:

aashaku said...

muahahaha... kita serupa..kita serupa...selalu ingat waktu sebelum aleh2 terlajak...kikikik...first yearlah ada sikit special pastu..hmmm paham2 sendirilah...tp bila dah ingat bole sambut balik...yg penting kita selalu muhasabah dan berdoa agar Allah merahmati perkahwinan kita kan kan...mmm selamat beranniversary lah yer...eh sama lak kita akak pun dah 8 tahun tp bulan 6 yg lepas...(pas ni tulih siap2 tampal kat dinding...muahahahaha...)

Ahliahnizam said...

Huk alohh .... sama la kite kak. Saye nikah 19 Disember 2001. memang tade nak celebrate pon ... biasa2 je :D
Kalau ada pon pi makan2 ke .. jenjalan ke. Tapi bukan exactly tarikh tu la .. delay sket, hehehe.

hainur hapis said...

http://blogkarkun.blogspot.com/

izat said...

Kak Aashaku,
He he...maknanya bukan diriku sahaja yg begitu..ada lagi yg serupa dgn ku...muahaha..

Ahlianizam,
Kita sama dah lapan tahun nikah ye, sama lah ngan kak aashaku, lapan tahun dah.Memakan dan jenjalan tu maknanya ingat tarikh lah..he he.

Hainur Hapis,
Insya Allah nanti saya link blog tu.

Yard said...

smoga ke akhir hayat..amin
ebatnya.. anniversary kuar masturat..hu2

izat said...

Yard,

Amin...semoga berkekalanlah kami hingga ke akhir hayat dalam mengusahakan iman dan amal kami.
Dah lima tahun baru Allah buka pintu hati saya..Alhamdullillah..

ahlia azharjaafar said...

Hubby kak ana akn set dlm hp, tarikh2 besday, anniversary etc. Tetiba bunyi alarm...haa tau le..hehe. Tp kekadang tu lupe gak..biaselah...melayu,..mudah lupe hehehe

izat said...

Salam kak ana,

at least nak ugak dia ltk reminder dlm hp dia..kalau hubby saya hari jadi dia pun dia lupa, apa lagi kami ni..haa tu yg jadi terlajak tarikh tu..dah 2-3 hari br teringat pasal saya pun pelupa (sindrom tu dtg lak lately ni he he )

Maisya said...

kami laki bini ni memula tu tarikh nikah pun lupa...ingat lagi masa nak isi buku utk pregnant anak first, nak isi tarikh nikah...dua-dua tak sure...bagus tak? Sekarang dah letak reminder so boleh la ingat. Selalu tak buat apa pun, sejak dah pandai buat kek ni rajin jugak la buat kek special sikit utk anniversary. Sama la kita dah 8 tahun kawin.

ummuqawim said...

alhamdulilah.. tahun ni akak dah 10 tahun kawin. 5 org anak..