Pergi Singapore ? Tidaklah, mana ada pergi Singapore, tak ada masa hubby nak bawak ke sana walaupun seberang tambak je..he he. Satu hari nanti insyaAllah.
Ni nak cerita pasal murtabak Singapore. Mula2 tengok terperanjat gak besar kemain ( masa masak ), tapi bila dah masak dia lipat2 jadi kecik plak..
Murtabak Singapore dah kena lipat.Dulu masa duk utara murtabak dia kecik je, murah RM1.20, kulit dia licin, kuah kari n bawang manis. Murtabak Singapore ni plak besar, kulit menggerutu garing2( daging kot ), kuah sos cili n kari harganya RM5. Sedap jugak rasanya.
Order dua set plus one set otak-otak (feveret naufal).Hubby bagitau murtabak ni kalau jual kat Singapore harganya 5 dolar, sama dgn RM10. Mahalnya.. dan kalau nak rasa murtabak Singapore yg sebijik rasanya cam kat sana ada kat Gerai Tepian Tebrau. Jadi oleh kerana hubby pun nak khuruj bulan dpn, dgn semangat ikram keluarga, kami pun jenjalan kat Tepian Tebrau ptg Rabu tu.
Meh rasa.. apa lagi serbulah..Sebenarnya hubby jrg nak bawak kami jalan jauh2 bila dah petang. Payah katanya nak solat, tapi haritu kami solat kat Masjid Sultan Abu Bakar (dkt2 situlah jugak ). Itu yg dpt jalan jugak, lagipun bawak budak, payah skit nak handle.
Anyway, akhirnya dpt jugak kami merasa murtabak Singapore yg special itu. Alhamdullillah.
Alhamdullillah, hbs satu set, he he ..cukup utk kami sekeluarga.. satu set lg tapau...berkat rezeki kami.