Showing posts with label Dakwah dan tabligh. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan tabligh. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Sara tenang berjilbab


PENTAS peragaan pakaian, gemerlapan dunia lakonan, jurulatih kesihatan serta aktivis hak asasi merupakan senario kerjaya wanita bernama Sara Bokker. Apatah lagi dia pernah tinggal di Florida dan di pantai Selatan Miami, antara lokasi paling popular untuk mencari kehidupan glamor.
Pastinyalah, kehidupan alam remaja yang dilalui Sara dahulu banyak berfokus kepada kehidupan tanpa bantasan akhlak dan agama. Lebih-lebih lagi dalam aspek penampilan seksi dan rupa paras yang cantik menjamin kelangsungan hidup di mata masyarakat dan pemantapan kerjaya masa depan.
Malah Sara adalah antara ratusan mahupun ribuan pengunjung setia pantai peranginan itu yang 'gemar mempamerkan tubuh' serta kononnya berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.
Setelah bertahun-tahun bergelumang dalam dunia yang serba-serbinya mementingkan penampilan luaran, menyebabkan Sara rasa terkongkong dalam dunia yang dipujanya selama ini.
Hakikatnya, rutin kehidupan sedemikian tidak membawa kepuasan sejati kepada Sara, terutamanya yang menyentuh aspek kerohanian.
Lantaran itu, Sara mulai mengalihkan kegiatannya dari pesta ke pesta dan alkohol kepada bermeditasi, mengikuti aktiviti sosial dan mempelajari pelbagai agama lain sebagai satu escapism.
Sehinggalah apabila dunia dikejutkan dengan serangan 11 September 2001, Islam tiba-tiba muncul terutamanya di kalangan Barat yang bukan beragama Islam.
"Itulah detik pertama saya mengenali agama Islam. Sebelum ini, gambaran saya tentang Islam ialah wanita berkelubung, agama yang menafikan serta menganiayai hak wanita, berpoligami serta Islam adalah agama yang terkenal sebagai pengganas serta cenderung kepada keganasan. Ditambah pada ketika itu saya dikira seorang aktivis hak asasi manusia.
"Perasaan ingin tahu di sebalik Islam inilah yang membawa saya kepada kitab al-Quran. Melihat pada kulit depannya sahaja saya sudah tertarik.
"Apabila membacanya pula, hati saya menjadi tersentuh kerana isinya membawa kita rapat kepada Pencipta, lebih memahami persoalan tentang kejadian alam sekitar ini dan segala aspek dalam kehidupan," kata Sara yang terkesan dengan agama yang tidak memerlukan perantara, tidak seperti agamanya sebelum ini.
Ketenangan yang diperoleh menerusi al-Quran memberikan keyakinan kepada Sara untuk menjadikan Islam agama kepercayaannya. Setahun kemudian, Sara bukan sahaja mendirikan rumah tangga dengan jejaka Muslim pilihan hati tetapi paling ketara bagi diri Sara ialah penampilan dirinya yang dikira berubah 360 darjah.
"Kalau sebelum ini saya lebih suka dan serasi dengan berseluar pendek, berbikini dan bergaya dengan pakaian Barat yang berkelas. Kini tidak lagi. Saya lebih tenang dan selesa bila mengenakan jubah dan tudung kepala sebagaimana wanita-wanita Muslim berbusana Muslimah.
"Orang yang saya temui tetap sama tetapi untuk pertama kalinya dalam hidup ini, saya benar-benar menjadi seorang wanita Muslimah. Malahan saya tidak lagi terkongkong dengan minda masyarakat moden ketika itu. Inilah kebebasan yang saya cari-cari selama ini," cerita Sara akan pengalaman pertamanya berjilbab di khalayak ramai.
Beberapa lama mengenakan jilbab, hati Sara teringin untuk mengenakan niqab (pakaian Muslimah lengkap dengan purdahnya). Pernah juga dia mengajukan keinginannya itu kepada suami. Namun balas suaminya, menutup aurat itu satu kemestian kepada wanita Islam tetapi sebaliknya bagi berpurdah.
Pun demikian, hampir setahun setengah kemudiannya, Sara akhirnya mengenakan niqab dengan alasan berasa lebih tenang dan damai serta mahu melakukan terbaik hanya untuk Allah SWT.
Sayangnya, penampilan barunya itu mendapat reaksi yang pelbagai. Antara pihak yang terang-terangan mengkritik keras adalah ahli politik, kumpulan gereja dan aktivis kebebasan dan hak asasi manusia di media massa.
Mereka mengatakan bahawa niqab adalah satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita, halangan bagi integrasi sosial dan paling memedihkan, berniqab dikatakan sebagai petanda kemunduran dan terkebelakang.
"Saya melihat kenyataan-kenyataan di atas ini sebagai kata-kata orang munafik.
"Natijahnya sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Maghribi dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Eropah.
"Sehingga kini, saya tetap seorang aktivis wanita tetapi seorang aktivis wanita Muslimah, yang menyeru kepada para Muslimah untuk tetap menunaikan tanggung jawabnya dan memberikan sokongan penuh pada suami-suami mereka agar menjadi seorang Muslim yang baik. Membesar dan mendidik anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang berkualiti sehingga mereka boleh menjadi insan berguna bagi seluruh umat manusia.
"Di samping itu, saya menyeru kaum wanita untuk berbuat baik dan menjauhi kemungkaran serta menyebarkan kebaikan dan menentang kebatilan.
"Yang pastinya, saya tidak berhenti setakat diri ini menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam," tegas Sara.
Tambah beliau, sebagai seorang bekas bukan Islam, dia bertekad menjelaskan kepada wanita lain akan hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi ke atas dirinya sendiri.

--Diambil daripada Ruangan agama Utusan Malaysia

Thursday, December 24, 2009

Ahli muzik?

Lama tak buat posting baru...malassss...takde idea, bagi masa diri sendiri utk baca blog orang...utk ambik manfaat. Ada gak yg mmberi kesan bagi saya, terutama posting Ahlianizam. Posting tu memang sesuai bagi saya yg panas baran ni (kes anak2 la ni).
Tp tu la kan, betul lah bak kata posting tu, Allah kasi musibah supaya hati kita hancur, bila hancur mudah lah Allah kasi hidayah. Tapi tu terpulang jugak pada penerimanya sama ada nak menerimanya dengan redha atau tak. Redha, maka kita rasa amat bersyukur dgn musibah tu, tak redha... nauzubillah, kita akan rasa sedih dan menyalahkan ramai pihak.
Haaahhhh jauh pulak menyimpang... ni nak cerita. Cuti sekolah ni maklum lah ramai budak2 sekolah cuti, masa balik kampung suami pun apa lagi pegi taskil anak saudara dia yang baru lepas PMR utk keluar 10 hari. Alhamdulillah.... dgn ditemani adik bongsu suami, diorang berdua pun keluar 10 hari kat sekitar KL.
Bila balik sini pulak, ada anak jiran tu...suka main gitar, umur dia belasan tahun. saya selalu jugak cakap kat suami "pergi la taskil dia keluar" tapi macamne kan tu anak orang.
Jadi apa lagi, suami pun ikram sikit, tunjuk skill main gitar yg dah lama terpendam... jengjeng jeng jeng... tekejut badak la budak tu, apasal la pakcik kopiah ni rupa2nya bukan mainn terrer lagi menggoreng...
Siap jadi cikgu lagi kat situ...cikgu muzik? ahli muzik?
hari pertama, hari kedua, hari ketiga..... lepas tu start la taskillll.
Bila masuk azan je 'jom pegi surau'.... taskil solat jemaah. Nak taskil keluar.... nanti dulu la..
Alhamdulillah ...dapat jugak lah dia solat jemaah..tu baru intro, insya-Allah kengkawan doa lah hidayat seluruh alam...

Monday, November 16, 2009

Wanita lebih utama solat di rumah

Di bawah copy paste dari
Ruangan agama Utusan
************************************************************

SOALAN:
SAYA ada kemusykilan tentang kedudukan wanita dalam solat berjemaah. Adakah hadis sahih yang kata perempuan tidak digalakkan turun surau?

Adakah sirah Nabi atau para sahabat yang mana ada muslimat yang komited untuk berjemaah di surau?

Jawapan:

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Di sana juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah.

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat bertemu dan bertanya khabar, peluang menyuburkan semangat persaudaraan. Sebab itulah, falsafah solat berjemaah adalah bertujuan menyatukan ummah sehingga dilabel sebagai khaira ummah (umat terbaik).

Masjid mampu merungkai persengketaan dan perbalahan, tempat menimba yang jernih. Dalam pada itu persoalan solat berjemaah dan fadilatnya banyak ditujukan kepada kaum lelaki bukan kaum wanita.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Untuk memberi jawapan kepada persoalan ini para ulama telah berbincang dan memberi beberapa saranan dan pandangan.

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama”. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?”

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hujah-hujah yang dikemukakan tadi adalah berdasarkan tuntutan bahawa wanita tidak disuruh dan jangan dilarang.

Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.

Perkara kedua, budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Namun demikian hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak ditemani oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.


Beberapa Syarat


Telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjemaah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya.

Demikian pula para Khulafah Rasyidin sesudah beliau SAW. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyariatkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Friday, August 28, 2009

Keistimewaan wanita diguna untuk agama


Disebabkan takde idea utk posting baru atau takde kesempatan, maka saya copy paste posting di bawah. Harap ada manfaat. Kat atas tu gambar hiasan je. hehe

Oleh ziarah76
ANTARA lelaki dan wanita siapa yang lebih kuat? Tentu lah jawapan kita, lelaki kuat. Tetapi sebenarnya lelaki bukan kuat mana pun kerana kita nampak saja kuat dari segi fizikal misalnya, padahal sebenarnya wanita juga mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki dalam hal-hal tertentu termasuk faktor dalaman mereka yang kuat, walaupun dari segi fizikal mereka lemah gemalai.
Mafhum satu hadis, Nabi s.a.w bersabda: 'orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.'
Ini bermakna faktor dalaman menahan marah itu adalah satu kekuatan yang paling kuat.
Nak tahu wanita kuat atau tidak, cuba kita bayangkan point of view di bawah:
1-Wanita punya kuat menanggung kesakitan mengandung 9 bulan dan seterusnya bersalin. Ini Orang lelaki mesti kena respect habis golongan wanita. Lelaki bukan sahaja tiada kekuatan untuk berbuat demikian bahkan memang tak boleh pun. Kadang-kadang ada orang lelaki yang hendak lihat isterinya bersalin pun tak sanggup. Punya kuat orang wanita ini, bahkan bukan sorang malahan satu atau setengah dozen anak pun dia steady je. Lelaki sakit tangan sikit dah mintak isteri urut...
2-Wanita punya kuat menahan kesusahan menjaga anak dengan pelbagai kerenahnya tetap tabah dan bersabar. Bukan seminit dua, bahkan hari-hari 24 jam dia bersama anak-anak yang kecik hingga besar dari buang air besar kecil anak-anak hingga ke makan pakai anak-anak, semua dia sabar dan kuat menguruskannya tanpa minta elaun pun.
Lelaki baru jaga anak tak sampai setengah jam dah naik angin dengan perangai anak-anak maka lepas tu ada lah anak-anak kena luku, paling-paling pun tension dengan perangai anak, maka suami tu tidur atau keluar rumah kena teh kat luar. Lepas tu makan pakai suamipun dia minta isteri dia uruskan bahkan anak-anak pun urusan pun dah banyak.
3-Wanita kuat mengalirkan air mata yakni menangis, lelaki kuat mengalirkan air liur yakni tidur. Bila wanita ni bangun tahajud berdoa dia mudah menangis, merayu, merintih memohon daripada Allah maka doanya mudah makbul kerana kesungguhannya meminta sungguh-sungguh, bukan dengan percakapan sahaja bahkan meminta dengan fikir risau, hati dan perasaan. Maka masakan tidak doanya mudah diperkenankan. Lelaki kuat dengkur...
4-Wanita rata-ratanya (bukan semua) lebih kuat pengaruhnya kepada anak-anak berbanding lelaki. Ini kerana ibu lebih bersama dan memanjakan anak-anak, kalau anak-anak nak sesuatu dia akan cakap kepada ibu dulu. Bapa kalau dah tak boleh nak cakap apa dengan anak-anak, maka dia akan gunakan isterinya untuk jadi jurucakap kepada anak-anak. Lelaki memang kuat politik... 5-Wanita memang kuat. Sesetengah isteri, sudah lah urusan di rumah dia selesaikan bahkan ada pulak yang terpaksa bekerja di luar untuk membantu suami. Maknanya, suami tak cukup kuat untuk sara keluarga, maka isteri datang membantu menyara keluarga.
Mungkin banyak lagi yang boleh diambil contoh, namun sebenarnya kuat atau tidak, bukan menjadi persoalannya. Kerana lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain dan bantu membantu dalam urusan kehidupan yang mana dengannya maka manusia akan tenteram dan tenang kehidupannya.
Namun begitu adalah penting untuk lelaki menghargai dan mencurahkan kasih sayang yang sebenar-benarnya kepada mereka. Dan mengasihi mereka bukan dengan cara kita memberi wang, gelang emas, kereta besar, rumah besar, alat make-up dan sebagainya.
Perkara itu adalah keperluan yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajiban memberi nafkah dari serba serbi. Dalam hal ini kesederhanaan adalah jalan terbaik.
Namun jika kita mengasihi isteri, maka perkara pertama yang perlu diberikan ialah kefahaman agama, amalan agama dan kerja agama. Ini adalah teramat penting untuk membawa kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Jika tidak, nanti di akhirat lelaki akan didakwa oleh orang di bawah jagaan dan tanggungannya.
Wanita perlu diberitahu bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi s.a.w yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Kerja sebenar mereka bukan basuh kain, memasak, sidai baju, cuci pinggan, layan suami, buat kek muffin dan sebagainya. Bahkan lebih daripada itu, kerja mereka adalah pembantu agama yakni bersama-sama dengan suami mereka membela dan menegakkan agama hingga agama tersebar ke seluruh dunia. Suami isteri perlu bantu membantu dalam hal agama dengan niat mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita telah salah faham maksud sebenar umat ini dihantar, maka suasana rumah kita telah jauh daripada kehidupan beragama.
Iaitu, ruang tamu kita telah menjadi seperti lobi hotel, ruang rehat yang ada TV menjadi seperti panggung wayang, dapur macam restoran, bilik tidur macam bilik hotel, tempat basuh kain seperti kedai dobi dan sebagainya. Wanita seperti mesin mengeluarkan anak. Majalah hiburan dan isu semasa, mengumpat, gossip, dibincangkan disudut-sudut rumah, almari seperti butik, peti almari seperti bank, amalan agama mati di rumah. Maka keluar lah anak-anak yang runtuh nilai-nilai agama dari rumah-rumah.
Wanita telah menghabiskan air matanya di tempat tidak sepatutnya iaitu di depan TV ketika menonton hindustan sedangkan suaminya sedang ghast. Pengorbanan dan kesibukannya digunakan dengan perkara yang tak sepatutnya kerana mereka tidak diberitahu peranan dan kerja mereka yang sebenar. Mereka berlumba-lumba dengan cara yang salah, jika jiran beli perabot baru mereka pun nak yang baru dan sebagainya. wanita-wanita Islam bersidai di pusat membeli belah, merewang, membuang masa, meletakkan muka di lif-lif dan tangga pasaraya, mendedahkan aurat hingga semua lurah ditunjukkan kepada umum.
Ini adalah berpunca daripada kelemahan orang lelaki selaku bapa atau suami atau abang kepada adik perempuan yang gagal menjaga wanita-wanita Islam kita. Sesetangah lelaki yang begitu bersemangat mendengar bayan di markaz, khusyuk dengar kuliah agama di masjid dan surau tetapi membisu tak memberitahu sepatah haram kepada ahli keluarga. Atau suami tidak memberitahu isterinya yang berkongsi tempat tidur dan bantal.
Akhirnya wanita kita tidak faham lalu menyangka usaha agama adalah mengasingkan mereka, lalu tidak diambil endah.
Maka penting, kita libatkan isteri kita dalam usaha masturat dan ini adalah kehendak ulama yakni kita mencontohi kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat yakni wanita-wanita kita juga mencontohi kehidupan para sahabiah. Empat dinding rumah tempat wanita itu tinggal adalah satu khazanah yang melahirkan manusia berkualiti unggul hingga boleh menggoncangkan dunia. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak boleh tidur di rumah jika ada harta di dalamnya, apabila Nabi s.a.w menerima hadiah berbentuk barang atau wang maka akan segera diagih dan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang memerlukan. Nabi berada di masjid dan hanya pulang ke rumah setelah harta tersebut selesai disedekahkan.
Para sahabat yang mencontohi kehidupan Nabi s.a.w turut memahami bahawa mereka berasa tidak senang jika harta berada dalam rumah. Mereka mewujudkan rumah harta iaitu baitulmal. Sebab harta perlu diletak dalam rumah harta tetapi tidak sekali-kali di rumah mereka. Kehidupan para sahabat dan isteri mereka dengan penuh
keberkatan yang mana mereka bukan lah orang miskin bahkan Allah berikan pelbagai kurniaan kepada mereka hingga ada sesetengah ulama mengatakan kekayaan mereka
tidak dapat lagi dijangkau oleh kita. Namun begitu kesemua harta mereka diinfak dan digunakan di jalan Allah hingga mereka hanya berbuka dengan tamar dan air sejuk sahaja. Tiada apa-apa dalam rumah mereka, kosong, lantai dan dinding sahaja dengan kehidupannya yang amat sederhana.
Ulama berkehendakkan rumah-rumah seperti madrasah, suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar yakni hidup amalan taklim, bacaan al-Quran, perbincangan mengenai iman, meningkatkan imal dan amal, berbicara mengenai kisah anbiya, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.hum, risau mengenai akhirat dan kepentingan menjalankan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah.
Ini perlu dimulakan walaupun sedikit demi sedikit bermula dengan taklim rumah. Hingga keluar dari rumah kita para alim, alimah hafiz hafizah dan manusia yang taat kepada Allah dan menjadi daie Allah. Mereka adalah orang Allah, yang dalam pemerliharaan Allah, tiada siapa boleh mengganggu mereka, walaupun bergerak seluruh dunia tetap dalam pemeliharaan Allah.
Wanita menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada suami dan anak-anak lelaki untuk aktif dalam usaha agama. Bagaimana cerita seorang sahabat yang tempang lagi tua, apabila ditafakut oleh Nabi s.a.w, Nabi telah membenarkannya untuk tidak keluar berjihad lalu dia balik ke rumah. Tetapi apabila sampai di rumah isterinya berasa malu kerana suaminya tidak keluar di jalan Allah lalu memberi kata-kata semangat hingga suaminya malu kerana tidak keluar di jalan Allah.
Akhirnya Nabi s.a.w membenarnya keluar di jalan Allah lalu sahabat itu syahid di jalan Allah. Apabila jenazahnya hendak dibawa balik ke rumah, unta sahabat itu tidak mahu bergerak ke arah rumahnya, apabila ditanya rupa-rupanya dia telah berdoa supaya jenazahnya tidak lagi dipulangkan ke rumah. Begini lah peranan sahabiah 24 jam sentiasa fikir bagaimana agama boleh maju dalam kehidupan manusia dan semua sahabat mendapat dorongan daripada sahabiah. Apabila Abu Bakar r.a telah mewakafkan seluruh hartanya di jalan Allah maka tiada satu benda pun yang tinggal di rumahnya. Maka saudara maranya datang bertanya kepada Aisyah r.ha, anak perempuan Abu Bakar r.a apa yang telah ditinggalkan, maka Aisyah dengan tegas dan yakin mempertahankan tindakan ayahnya dalam satu kisah yang meruntunkan jiwa.
Khadijah r.a asalnya wanita kaya, tetapi semuanya telah dibelanjakan hingga tiada apa lagi yang tinggal. Manusia yang pertama memeluk Islam adalah wanita iaitu khadijah r.a dan manusia yang pertama syahid juga adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a pada zaman Nabi s.a.w.
Begitu banyak pengorbanan mereka yang tidak dapat diceritakan satu persatu di sini, tetapi pokoknya di sini adalah betapa pentingnya peranan wanita dalam mengembangkan agama sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Wanita di zaman sahabiah begitu berani hingga mengalahkan lelaki zaman ini, mereka seolah-oleh lelaki. Hari ini lelaki Islam menjadi lemah kerana mereka berperangai seperti wanita di seluruh dunia. Sebagai contoh, lelaki sepatutnya bersolat di masjid secara berjemaah, tetapi lelaki zaman ini rata-rata lebih gemar bersolat di rumah bersendirian. Padahal bersolat di rumah bersendirian adalah amalan wanita.
Sebab itu umat Islam menjadi lemah di seluruh dunia kerana telah berperangai seperti wanita dalam banyak hal dan bukan setakat dalam solat sahaja.
Lelaki perlu menjadi benar-benar lelaki baru Islam menjadi kuat, menjadi lelaki adalah mengamalkan agama seperti mana di tunjukkan baginda Rasulullah s.a.w.
DAN apabila wanita bangun turut serta membantu agama, maka mereka menjadi seolah-olah lelaki dari segi keberanian.
Seperti contoh, kisah bagaimana Umar r.a semasa belum memeluk Islam beliau dilantik sebagai pahlawan yang hendak membunuh Nabi s.a.w. Dalam perjalanan beliau diberitahu bahawa saudaranya telah memeluk Islam lalu, dia pergi ke rumah saudaranya yang ketika itu sedang dalam sesi taklim iaitu membaca al-Quran.
Dalam kisah ini terdapat perbualan panjang yang kita boleh rujuk sendiri tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Umar telah menampar saudara perempuannya hingga berdarah kepala. Tetapi apa yang dijawab oleh saudara perempuannya itu ialah jika kerana agama ini dia dipukul maka dia redha dan tidak akan berganjak.
Saudara perempuannya begitu berani menjawab dengan tegas hingga tersentak Umar lalu beliau bertanya apakah yang dibaca tadi dan dia mahu melihatnya, dan selepas dia berwuduk lalu membaca surah Toha, maka hidayah telah sampai kepada Umar r.a yang kemudiannya memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w. Di sini perlu dilihat betapa wanita telah menjadi seperti seorang lelaki yang berani.
Peranan wanita cukup luas dan hari ini, semua lelaki lebih-lebih lagi jika kita terlibat dalam usaha dakwah maka perlu dilibatkan sama usaha masturat untuk wanita. Dengan itu baru la umpama burung terbang dengan 2 sayap, jika tidak hanya dengan satu sayap yang tidak ke mana-mana. Dengan itu potensi wanita digilap dan memberi sumbangan besar kepada agama.
Jika mereka terlibat dalam usaha masturat maka mereka biasanya lebih komited dan berdisiplin berbanding lelaki. Apabila azan berkumandang, mereka dalam keadaan berwuduk berada di atas sejadah. Banyak doa-doa dihafal, al-Quran dan taklim dibaca setiap hari dan zikir, tahajud, dijaga dengan istiqamah begitu juga amalan lain.
Kesabaran, kesetiaan dan bersusah payah untuk agama sungguh menakjubkan. Percakapan iman yang lemah lembut tetapi memberi kesan dan zihin kata-kata membakar semangat yang memberi motivasi kepada lelaki. Lelaki perlu membantu tidak menyusahkan isteri kerana Nabi s.a.w sendiri membantu Aisyah r.a melakukan kerja-kerja rumah bahkan Nabi sendiri menjahit pakaiannya sendiri. Hari ini kita lelaki apa salahnya kita cuci pinggan, masak, basuh baju sekali sekala, kemas rumah dan kalau boleh buat sesuatu sendiri tak perlu menyusahkan orang rumah misalnya mengosok baju dan sebagainya jika mampu. Isteri-isteri kita sebenarnya bantu kita uruskan hal ehwal rumah bukan kita jadikan dia seperti orang gaji. Sebaliknya kita lah yang perlu membantu mereka. Halaman rumah Nabi s.a.w amat terkenal kerana kebersihannya kerana Nabi s.a.w sendiri yang membersihkannya dan Nabi s.a.w bergurau dengan Aisyah semasa membantu kerja-kerja rumah.
Ganjaran dan kelebihan yang tersedia untuk wanita solehah terlalu banyak hingga mereka boleh pilih mana-mana sahaja pintu syurga jika dia meninggal dunia dalam keadaan taat perintah Allah, dan suaminya redha kepadanya. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang wali.
Bahkan mereka akan memasuki syurga 500 tahun terlebih awal daripada suaminya, dan mereka menjadi ketua kepada bidadari syurga. Suami dan isteri akan dipertemukan di syurga yang kekal abadi. Sebab itu, di dunia ini, tanda suami mengasihi isterinya ialah dengan memberi agama, amal agama dan usaha agama.
Wallahualam.

---Diambil daripada blog ziarah76

Wednesday, July 29, 2009

Kisah si Pemotong Kayu

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ....

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Kisah disalin dari rakan saya Ummu Fatimah http://ummu-fatimah.blogspot.com/ .Terima kasih ya Ummu Fatimah.

Cuba kita fikir apa akan jadi dengan nasib kita di dalam kubur kelak? Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi..lama tu selama-lamanya. Berdoalah kita supaya tak terlalu berlebihan dgn dunia nih..insya Allah.

Thursday, July 9, 2009

Ijtimak Malaysia 2009

Rasanya masih belum terlambat untuk menjemput semua muslimin ( lelaki sahaja ) untuk hadir ke Ijtimak Malaysia 2009 yang akan berlangsung pada 9-12 Julai 2009( Khamis - Ahad ni- esok lah tu )di Tanah Lapang Belakang Masjid Kuarters KLIA. Khabarnya 1st Ijtimak Malaysia berlangsung 27 tahun dulu ( mak aii..tak sekolah lagi saya nih ). Ini kali kedua dan perhimpunan ni perhimpunan atas maksud agama yang mana selama 4 hari berlangsung, amal-amal ( solat fardhu, sunat, zikir, bacaan al-Quran, majlis taklim taklum ) dihidupkan secara berjemaah supaya dapat menarik rahmat Allah s.w.t. Selain dari amal2 tersebut, bayan ( ceramah agama ) oleh maulana2 yang hak dan ikhlas juga akan diadakan setiap hari. Tujuan dan sedikit laporan boleh refer sini:

http://ziarah76.blogspot.com

http://azharjaafar313.blogspot.com

http://krenmaut.blogspot.com

http://ummu-fatimah.blogspot.com

Ijtimak ini merupakan perhimpunan agama yg terbesar di Malaysia yang kini ( malam ni khabarnya ramai yg akan datang. )sedang hangat diperkatakan dan ditunggu2 oleh jemaah usaha iman dan amal ( jemaah dakwah atau tabligh ). Dijangka 100,000 org hadir dari dlm Malaysia dan seantara dunia. Tapak je dah 100 ekar. Suami saya dah sampai tapak Ijtimak ptg td melaporkan, rata2 yg hadir semua bersemangat.

Esok masa yang ditunggu2 sudah tiba. Dengan ini kepada sesiapa yang masih berada di rumah atau masih terfikir2 apa itu Ijtimak, marilah hadir dan rebutlah manfaat serta rahmat Allah yg turun mencurah2 bagai hujan turun dgn lebatnya.

Bagi ahlia ( isteri jemaah dan sesiapa yang berkenaan ), marilah kita juga turut serta ( di rumah sahaja ) meningkatkan amalan kita supaya Ijtimak dapat berjalan dengan lancar. Janganlah pula kita pun nak gi sama nanti mengganggu keberkatan dan rahmat yang turun semasa Ijtimak sedang dijalankan. Untuk lebih faham, kita baca kak ummi-ali punya posting.. kena baca nih supaya faham

http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com

Insya Allah, apa yang baik kita sampai2kan. Jangan ada yang ketinggalan. Rebutlah peluang selagi nyawa masih dikandung badan. Takut nanti bila dah meninggal menyesal..

Nak tengok gambar persediaan Ijtimak Malaysia leh refer this blog:

http://2dancingprincess.blogspot.com

http://rahba81.blogspot.com

Semoga apa yang kami war2kan mendapat redho dari Allah s.w.t. dan semoga tangisan2 malam kami diterima Allah s.w.t dan menjadi asbab tersebarnya hidayat seluruh alam. Insya Allah.

Thursday, July 2, 2009

Puisi orang tabligh

Jom kita kongsi baca puisi ni!!

ORANG TABLIGH


Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

-habis

Taken From my beloved husband's blog :http://ziarah76.blogspot.com/2008/12/puisi-orang-tabligh.html

Marilah kita berkongsi menghayatinya dan semoga Allah s.w.t. mengekalkan saya, suami dan kekawan semua di jalan yg sebenar2nya - kekal dalam usaha iman dan amal ini. Semoga keluarga dan rakan kita yg lain diberi kefahaman dalam kerja ini.

Friday, April 24, 2009

Hubby keluar tiga hari!!

Hari ni hingga hari Ahad hubby keluar tiga hari. Kali ni keluar full three days ( 72 jam ). Selalu lompong siang kerja malam iktikaf. Tak pelah daripada tak pergi langsung baik camtu..

Saya tinggal ngan anak2 kat rumah. Alhamdullillah semua cukup, selebihnya serah pada Allah. Teringat dulu waktu tak paham usaha iman dan amal ni ( orang biasa panggil tabligh ), terperanjat gak tengok perubahan hubby ( masa tu blum kawin lagi ). Yelah dia org muzik dan biasa2 je, tiba2 berubah cerita pasal agama je..biar betul mamat ni, boleh ke aku hidup ngan dia ni? Sampai camtu sekali punya takut saya. Dulu saya selalu ditakut2kan org tabligh selalu tinggalkan anak istri, anak2 nanti terbiar, makan dalam dulang, dan macam2 lagi benda tak baik. Tapi jodoh kami kuat, kawin jugaklah akhirnya.

Masa mula2 kawin teruk juga nak sesuaikan diri ngan aktiviti dia. Selalu sgt merajuk,marah2 dan mogok. Yelah saya ni jenis suka merajuk dan panas baran skit. Masa tu plak anak pun belum ada lagi.Hubby relaks je layan kerenah saya cerita fadilat org buat usaha iman dan amal, fadilat istri yg redha suami keluar jalan Allah dapat masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami, saya buat dek je. Klau tengah sesi baca taklim nak taknak je dgr. Teruk betul saya masa tuh. Akhirnya pada satu hari tgh mogok ( kan tiap2 bulan dia nak keluar ), hubby cakap lebih kurang ginilah, " Kenapa kalau org gi out station sebulan atau lebih, istri n keluarga tak marah? Pasal tahu bila balik je mesti naik pangkat atau naik gaji kan? Abang keluar 3 hari je, tu pun kat masjid, dah tentu beribadat sepanjang masa, solat dapat jaga, makan pun ada. Org yg gi outstation tak tau duk kat mana, makan camna, solat pun tak tentu dapat jaga. Gnjaran dakwah kita tak nampak kat sini, akhirat kekal abadi kita baru nampak." Ishh, betul jugak. Mlam tu ( atau malam selepasnya ), lepas solat dgn sedih dan berjurai2 air mata, berdoa pada Allah supaya lembutkan hati dan bukakan hati utk terima aktiviti hubby kalau cara ni Allah suka, jika tidak jauhkan lah aktiviti ni dari hidup kami.

Alhamdullillah, dah 2 tahun duk Cheras, kami pindah ke Sbrg Prai, duk dekat Penanti. Kat situ ramai ahlia qarkun yg kuat dan baik2.Mereka pandai ikram saya, org tak paham nih. Akhirnya perlahan2 Allah kasi faham pada saya kerja usaha nih. Barulah saya faham skit2 dakwah nih bukan kita jumpa org dan cakap utk org tuh tapi utk diri kita yg masih blajar. Berdakwah merupakan sunah Rasullullah dan perintah Allah s.w.t. Org tabligh yg selalu kita tengok dtg rumah ke rumah tu tengah buat perintah Allah mengikut cara Rasullullah s.a.w., semuanya semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Kat situ jugak saya start blajar nak betulkan niat, iman dan amal kita. Selama nih kita tahu kita dah blajar agama, hukum2 semua tahu, tapi kekuatan untuk melaksanakan tak ada, atau kita buat tak tau aje. Bila bergaul ngan org camni baru rasa semangat skit.

Sekarang nih kalau hubby nak kuar tiga hari, dah takdelah merajuk walaupun syaitan dok selalu mencucuk suruh mogok. Buat muka skit2 tu adelah tapi dek kerana dah tahu fadhilat org buat usaha nih, terus rela dan redha. insy Allah. Sejak pindah JB nih, sejuk skit, amalan pun teruk, tak brapa kenal ngan ahlia qarkun kat sini, jadi faham2 jelah.. Ya Allah berikanlah kekuatan pada diriku, suami dan anak2, rahmatilah kami.

Antara fadhilat keluar di jalan Allah:

1. Anggota2 yg disaluti debu2 kerana keluar di jalan Allah tidak akan disambar oleh asap api neraka.

2. Satu malam beriktikaf, Allah akan jauhkan kita dari api neraka sejauh 3 khandak/parit dimana satu khandak/parit jauhnya daripada langit dgn bumi.

Si istri yg ditinggalkan pun kalau rela dan redha suami keluar jalan Allah akan diganjari pahala sebanyak suami kita dapat tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya.

Begitulah serba sedikit coretan hari ni..Semoga Allah kasi saya faham dan kekuatan untuk amal..