Monday, August 16, 2010

Bufet Ramadan

nak sikit?....

menyorok pulak si sumaiyah
Macam2 ada bufet ni...ada cendol, nasi bryani...hemmm macam2 la, yg penting solat dulu. Naufal, Farhah Sumaiyah sibuk ambik makanan, lari sana sini...

ni antara juadah berbuka hari pertama puasa... nenas gergasi!!

Wednesday, July 14, 2010

Jalan-jalan ke rumah tokey pokok kurma

Say cheeezzzz... nampak tak kami senyum?


Haaaa.... cuba teka kat mana ni? Ni lah kat ladang kurma... ladang besar tu. hehehe. Hari Sabtu lepas, ikut rombongan meminang adik ipar ke Sungai Rambai Melaka, terus la ke Kampung Tehel Melaka iaitu rumah Kak Umma-Ali nak tengok pokok kurma, saje ziarah.
Kebetulan pulak ada sorang blogger nak jumpa suami, jadi nampaknya hari tu mcm hari pertemuan bloggers sedunia pulak. 
Mmg la, Allah punya kuasa, dari blog terus jumpa baik-baik camni haa.. tapi biasa lah karkun, karkunah mmg kalau jumpa mmg ramah mesra.
Terima kasih lah kak Ummi sebab sudi kasi kami tumpang bermalam, seronok kami kat situ, tengok lah naufal, farhah, sumaiyah seronok dapat pegang ayam, tengok pokok kurma sampai naufal tertinggal tali pinggang. 
Macam2 juadah sodap dan enak dihidangkan utk kami, siap dgn nasi briyani lagi, cucuk udang, buah2 dan macam2 lagi. Kenyang perut kami dari pagi hingga ke petang, malam dan pagi balik semula. Siap balik bawak bekal lagi kami, malu la.... jgn serik terima kami.
Terima kasih, jangan la serik kalau kami datang lagi... (lain kali kami datang lagi ye hehehe).
Kalau dah jadi jutawan kurma karang jgn le lupakan kami.
 Pokok kurma.... special....

Monday, May 31, 2010

Curi masa nih, org sibuk

Lama tak hupdate blog. tak tau apa nak cerita...
baca berita israel tembak kapal tak bersalah... kenapa dia tembak!! Israel jahat betul la, tembak sana, tembak sini, sombong betul dia kat muka bumi Allah ni.
pasal dia, ada orang dari kaum dia yg baik pun dipandang buruk jugak.

---------

cerita pasal cuti tak lama lagi,
sebenarnya dah ada jemputan, jemputan untuk nusrah jemaah masturat kak umma-ali. Tapi tak dapat la kakkkk...adoii sedihnyaaa.... pasal ikram mak. Pastu kembar pulak nak bersalin. Kena khidmat jadi bidan nampaknya.
kalau jemaah masturat tu pegi pasir gudang, saya pass ke ahlia najib je lah. boleh tak ahlia najib?
Doakan saya... teringin nak nusrah, sungguhhh, dah lama tak nusrah.

----------

Naufal, farhah tengah belaja berenang...splash! splash! seronoknya...

Cerita pasal anak, sekarang naufal tengah periksa, farhah dah lepas, sumaiyah periksa segala macam yg ada dlm rumah ni. lintang pukang rumah, antara yg dah dibelasahnya ialah barang2 dlm kabinet TV, mainan dlm kotak, etc...

mudah-mudahan naufal, farhah, sumaiyah jadi anak yang soleh dan solehah, hafiz hafizah, alim alimah dan semua daie, insya-Allah.

-----

abis entry.

Monday, March 8, 2010

Penat hari ini

Huuuuhhhh.... penat rasa hari ini.
Tengok budak2 ni... ada yg main2, bising, gaduh, nangis. Dah kata jgn main kat depan tu, tapi diorang main jugak, bergaduh pulak...
Emmmm....

Friday, February 12, 2010

Seronok berniaga bila ikhlas kerana Allah


Hari ni rasa takde lah apa2 sangat. Tapi yang rasa seronoknya, sepanjang jadi penjual barang, produk muslimah ni seronok sangat lah pasal dapat jual banyak barang kpd karkunah, muslimah dan kenal diorang, ada yg dapat jumpa, cerita2 pengalaman dlm YM, tepon, emel. Seronok lah!
Tujuan berniaga pun bukan untuk jadi jutawan mencapai bintang cuma nak berniaga ambil sunah Rasulullah SAW.
Untung pun takde la besar2 cuma.... ye lah tapi kalau kita niat kerana Allah, Allah kasi seronok kepada diri kita. Dapat kenal ramai karkunah....semuanya mesra-mesra.

sekian dulu...

Friday, January 29, 2010

Sara tenang berjilbab


PENTAS peragaan pakaian, gemerlapan dunia lakonan, jurulatih kesihatan serta aktivis hak asasi merupakan senario kerjaya wanita bernama Sara Bokker. Apatah lagi dia pernah tinggal di Florida dan di pantai Selatan Miami, antara lokasi paling popular untuk mencari kehidupan glamor.
Pastinyalah, kehidupan alam remaja yang dilalui Sara dahulu banyak berfokus kepada kehidupan tanpa bantasan akhlak dan agama. Lebih-lebih lagi dalam aspek penampilan seksi dan rupa paras yang cantik menjamin kelangsungan hidup di mata masyarakat dan pemantapan kerjaya masa depan.
Malah Sara adalah antara ratusan mahupun ribuan pengunjung setia pantai peranginan itu yang 'gemar mempamerkan tubuh' serta kononnya berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.
Setelah bertahun-tahun bergelumang dalam dunia yang serba-serbinya mementingkan penampilan luaran, menyebabkan Sara rasa terkongkong dalam dunia yang dipujanya selama ini.
Hakikatnya, rutin kehidupan sedemikian tidak membawa kepuasan sejati kepada Sara, terutamanya yang menyentuh aspek kerohanian.
Lantaran itu, Sara mulai mengalihkan kegiatannya dari pesta ke pesta dan alkohol kepada bermeditasi, mengikuti aktiviti sosial dan mempelajari pelbagai agama lain sebagai satu escapism.
Sehinggalah apabila dunia dikejutkan dengan serangan 11 September 2001, Islam tiba-tiba muncul terutamanya di kalangan Barat yang bukan beragama Islam.
"Itulah detik pertama saya mengenali agama Islam. Sebelum ini, gambaran saya tentang Islam ialah wanita berkelubung, agama yang menafikan serta menganiayai hak wanita, berpoligami serta Islam adalah agama yang terkenal sebagai pengganas serta cenderung kepada keganasan. Ditambah pada ketika itu saya dikira seorang aktivis hak asasi manusia.
"Perasaan ingin tahu di sebalik Islam inilah yang membawa saya kepada kitab al-Quran. Melihat pada kulit depannya sahaja saya sudah tertarik.
"Apabila membacanya pula, hati saya menjadi tersentuh kerana isinya membawa kita rapat kepada Pencipta, lebih memahami persoalan tentang kejadian alam sekitar ini dan segala aspek dalam kehidupan," kata Sara yang terkesan dengan agama yang tidak memerlukan perantara, tidak seperti agamanya sebelum ini.
Ketenangan yang diperoleh menerusi al-Quran memberikan keyakinan kepada Sara untuk menjadikan Islam agama kepercayaannya. Setahun kemudian, Sara bukan sahaja mendirikan rumah tangga dengan jejaka Muslim pilihan hati tetapi paling ketara bagi diri Sara ialah penampilan dirinya yang dikira berubah 360 darjah.
"Kalau sebelum ini saya lebih suka dan serasi dengan berseluar pendek, berbikini dan bergaya dengan pakaian Barat yang berkelas. Kini tidak lagi. Saya lebih tenang dan selesa bila mengenakan jubah dan tudung kepala sebagaimana wanita-wanita Muslim berbusana Muslimah.
"Orang yang saya temui tetap sama tetapi untuk pertama kalinya dalam hidup ini, saya benar-benar menjadi seorang wanita Muslimah. Malahan saya tidak lagi terkongkong dengan minda masyarakat moden ketika itu. Inilah kebebasan yang saya cari-cari selama ini," cerita Sara akan pengalaman pertamanya berjilbab di khalayak ramai.
Beberapa lama mengenakan jilbab, hati Sara teringin untuk mengenakan niqab (pakaian Muslimah lengkap dengan purdahnya). Pernah juga dia mengajukan keinginannya itu kepada suami. Namun balas suaminya, menutup aurat itu satu kemestian kepada wanita Islam tetapi sebaliknya bagi berpurdah.
Pun demikian, hampir setahun setengah kemudiannya, Sara akhirnya mengenakan niqab dengan alasan berasa lebih tenang dan damai serta mahu melakukan terbaik hanya untuk Allah SWT.
Sayangnya, penampilan barunya itu mendapat reaksi yang pelbagai. Antara pihak yang terang-terangan mengkritik keras adalah ahli politik, kumpulan gereja dan aktivis kebebasan dan hak asasi manusia di media massa.
Mereka mengatakan bahawa niqab adalah satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita, halangan bagi integrasi sosial dan paling memedihkan, berniqab dikatakan sebagai petanda kemunduran dan terkebelakang.
"Saya melihat kenyataan-kenyataan di atas ini sebagai kata-kata orang munafik.
"Natijahnya sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Maghribi dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Eropah.
"Sehingga kini, saya tetap seorang aktivis wanita tetapi seorang aktivis wanita Muslimah, yang menyeru kepada para Muslimah untuk tetap menunaikan tanggung jawabnya dan memberikan sokongan penuh pada suami-suami mereka agar menjadi seorang Muslim yang baik. Membesar dan mendidik anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang berkualiti sehingga mereka boleh menjadi insan berguna bagi seluruh umat manusia.
"Di samping itu, saya menyeru kaum wanita untuk berbuat baik dan menjauhi kemungkaran serta menyebarkan kebaikan dan menentang kebatilan.
"Yang pastinya, saya tidak berhenti setakat diri ini menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam," tegas Sara.
Tambah beliau, sebagai seorang bekas bukan Islam, dia bertekad menjelaskan kepada wanita lain akan hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi ke atas dirinya sendiri.

--Diambil daripada Ruangan agama Utusan Malaysia

Thursday, January 14, 2010

KERJA MASTURAH 24 JAM

Baru-baru ini dapat mesej FB macam kat bawah, jadi kongsi kat sini. Semoga kita beroleh manfaat. Insya-Allah.
*************************************************************************

Subject: KERJA MASTURAH 24 JAM

KERJA MASTURAH 24 JAM


Waktu Khuruj :

• 6 sifat sahabat setelah subuh cukup satu mutakallim ( tidak bergilir )

• Sebelum dhuha 6 sifat sahabat secara bergilir

Di Rumah :

• Semua pesanan bagi wanita ( 6 pesanan ) diamalkan selama 24 jam.


KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN

DILUAR SUNNAH TAK ADA KEJAYAAN

Tujuh Tantangan Dalam Da`wah

1. Didustakan

2. Dikatakan Orang Gila

3. Dikatakan Tukang Sihir

4. Diboikot

5. Disakiti

6. Diancam

7. Di remehkan

ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

DUNIA SEMENTARA AKHIRAT SELAMA - LAMANYA

MAKSUD HIDUP DA`WAH

TUJUAN HIDUP AKHIRAT

MENCARI RIDHA ALLAH S.W.T

MENCARI RIDHO RASULULLAH S.A.W

MENCARI RIDHO SUAMI


1 X 24 JAM AMALKAN SUNNAH

INI ADALAH PINTU MASUK KE SURGA

AMAL MAQOMI WANITA ( MASTURAH )

Salah satu maksud masturah dikeluarkan adalah untuk membentuk fikir agama, karena setiap hari wanita selalu disibukkan dengan urusan rumah tangga sehingga fikirnya hari-hari hanya urusan dunia. Oleh karena itu dengan keluar ke jalan agama diharapkan setelah pulang ke rumah dapat membawa fikir agama untuk bekal menghadap Allah swt, sehingga akan menjadikan wanita tersebut asbab hidayah dengan beberapa amalan yang perlu wujud dalam rumah :

1. Menjadi `Alimah : wanita yang berilmu dengan menjaga ta`lim secara istiqamah

? Ta`lim adalah perintah Allah awt dan salah satu sunnah Rasulullah saw

? Ta`lim adalah roh agama

? Ta`lim adalah salah satu pintu gerbang masuknya agama ke dalam rumah.


2. Zahidah : hidup sederhana

? Hidup sedehana adalah salah satu sunnah cara hidup Rasulullah saw.

? Dengan hidup sederhana hisab akan mudah dan ringan

? Sederhana pakaian, makanan, perumahan, perabotan, penampilan dll.


3. `Abidah : Ahli ibadah, menjaga shalat di awal waktu, dzikir pagi petang, semua pekerjaan rumah selalu diiringi dengan dzikir, istiqamah baca Al-Qur`an dan berusaha untuk selalu mengkhatamkannya, shalat-shalat sunat,puasa wajib dan puasa sunat serta gemar bersedeqah.


4. Murabbiyah : Sebagai guru yang mendidik anak – anak secara Islam sesuai dengan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw ;

? Karena anak adalah amanah dari Allah swt

? Tarbiyatul adab : jaga ada-adabnya

? Tarbiyatul jasad : badan, pakaian dan makanan

? Tarbiyatul wiladhah : setelah melahirkan

? Tarbiyatul Diin : Agama, kenalkan agama sejak anak-anak masih kecil, latih untuk selalu takut hanya kepada Allah swt, tanamkan pada anak Cinta Allah dan RasulNya, cinta saudara dll.

5. Khaddimah : Selalu berkhidmat untuk suami dan anak – anak dalam setiap menunaikan keperluan dan kebutuhan suami dan anak-anak serta setiap tamu yang datang ke rumah dengan ikhlas karena Allah swt.

6. Da`iyah : Mengajak manusia untuk selalu ta`at kepada Allah swt dan kepada Rasulullah saw dengan menanamkan iman yakin kepada kampung akhirat, dll.

Sunday, January 10, 2010

Mai lah datang jenguk

BZ. Itu lah dua huruf yg selalu orang pakai untuk mengatakan dia sibuk. Hari ni pon sibuk sgt lah....dgn macam2.
Haaah... nak tahu satu benda?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
he he he he.... mai la ziarah kedai saya Soleh Solehah yg dah berwajah baru...kalau berminat apa salahnya beli satu... hiks
Macam-macam ada... lepas ni nak nak tambah lagi produk.
Wassalam.

Antara jubah yg dijual..

Wednesday, December 30, 2009

Anniversaryyy!!!!


Ni produk 8 tahun kami!!!

Naufal- si sulung lahir 5.10.2002


Nurfarhah lahir 12.8.2004
Siti Sumaiyah lahir 16.7.2008

Wahh...senyap tak senyap, diam tak diam, dah 8 tahun dah kami nikah.Semalam ( 29/12/2009 ) genap 8 tahun kami nikah muahahaha...Tapi cam biasa, anniversary berlalu begitu sahaja..

HAAAA???? Berlalu begitu saja tu maknanya terlupa cam biasa, he he samada kami berdua sama2 lupa, hubby lupa atau saya lupa..yg kelakar nya, 2,3 hari atau seminggu sebelum tarikh tu dah ingat dah, siap set lagi kat kepala jemala ku ini, " ooo tak lama anniversary" tp on the date tetap lupa gak, hi hi.. bila ingat blk dah terlepas tarikh nya.

Semalam yg ingat hari bersejarah ni, hubby ( 1st time ingat ni setelah 8 tahun nikah ) , tapi dah mlm baru teringat. Errmmm dah lewat benor jd cam hari2 biasalah jugak, no special event, sob sob.

Sepanjang yg saya ingat lah sekali je yg kami sambut, kami beli meja makan untuk 1st anniversary kami ( tahun pertamalah tu). Selepas2 tu, ada je benda2 yg kami buat sampai terlupa date tuh. Berikut sambutan anniversary kami:

1. 1st Anniversary ( 2002 KL ) : Beli meja makan

2. *2nd Anniversary (2003 KL-Penang ) : Mabuk pregnantkan Farhah, kami sibuk pindah Penang

3. *3rd Anniversary ( 2004 Penang ) : Balik kampung Banting, kembar saya nikah

4. *4th Anniversary ( 2005 Penang ) : Klau tak silap, beli digital kamera

5. *5th Anniversary ( 2006 Penang ) : 1st time keluar masturat kat Trong, Taiping, Perak.

6. *6th Anniversary ( 2007 Penang - JB ) : Mabuk pregnantkan Sumaiyah, ada kat Banting, sibuk nak pindah JB.

7. *7th Anniversary ( 2008 JB ) : Sibuk bayar yuran sekolah ( SRAB, JB ), Naufal nak masuk darjah 1.

8. 8th Anniversary ( 2009 JB ) : Sibuk urus anak etc.

Note : Mana yg tanda * , tu terlupa tarikh lah tu...he he. Kesimpulannya byk yg lupa dr ingat...isk5.

Persoalannya, memang org yg dah kawin ke je yg lupa ye? Kalau dah teringat nak buat apa ye? Nak buat2 merajuk pasal spouse kita lupa atau buat2 tak tahu je..As for me, saya buat cam biasa je, buat2 lupa, buat cam hari2 biasa, masak simple2..la la la la..nak buat apa lagi kan?

Apa pun semoga Allah terus merahmati kami sekeluarga, memberkati rezeki kami, memurahkan rezeki kami dan memilih kami sekeluarga lagi dan lagi buat usaha iman dan amal, menerima amalan kami, menempatkan kami ke dalam syurga Firdaus tanpa hisab, jauhkan kami sekeluarga daripada api neraka Jahannam, jadikan kami sekeluarga, anak cucu kami daie daiemah, hafiz hafizah, soleh solehah. Ya Allah perkenankan doa ku Ya Allah. Amin.

Thursday, December 24, 2009

Ahli muzik?

Lama tak buat posting baru...malassss...takde idea, bagi masa diri sendiri utk baca blog orang...utk ambik manfaat. Ada gak yg mmberi kesan bagi saya, terutama posting Ahlianizam. Posting tu memang sesuai bagi saya yg panas baran ni (kes anak2 la ni).
Tp tu la kan, betul lah bak kata posting tu, Allah kasi musibah supaya hati kita hancur, bila hancur mudah lah Allah kasi hidayah. Tapi tu terpulang jugak pada penerimanya sama ada nak menerimanya dengan redha atau tak. Redha, maka kita rasa amat bersyukur dgn musibah tu, tak redha... nauzubillah, kita akan rasa sedih dan menyalahkan ramai pihak.
Haaahhhh jauh pulak menyimpang... ni nak cerita. Cuti sekolah ni maklum lah ramai budak2 sekolah cuti, masa balik kampung suami pun apa lagi pegi taskil anak saudara dia yang baru lepas PMR utk keluar 10 hari. Alhamdulillah.... dgn ditemani adik bongsu suami, diorang berdua pun keluar 10 hari kat sekitar KL.
Bila balik sini pulak, ada anak jiran tu...suka main gitar, umur dia belasan tahun. saya selalu jugak cakap kat suami "pergi la taskil dia keluar" tapi macamne kan tu anak orang.
Jadi apa lagi, suami pun ikram sikit, tunjuk skill main gitar yg dah lama terpendam... jengjeng jeng jeng... tekejut badak la budak tu, apasal la pakcik kopiah ni rupa2nya bukan mainn terrer lagi menggoreng...
Siap jadi cikgu lagi kat situ...cikgu muzik? ahli muzik?
hari pertama, hari kedua, hari ketiga..... lepas tu start la taskillll.
Bila masuk azan je 'jom pegi surau'.... taskil solat jemaah. Nak taskil keluar.... nanti dulu la..
Alhamdulillah ...dapat jugak lah dia solat jemaah..tu baru intro, insya-Allah kengkawan doa lah hidayat seluruh alam...

Monday, November 16, 2009

Wanita lebih utama solat di rumah

Di bawah copy paste dari
Ruangan agama Utusan
************************************************************

SOALAN:
SAYA ada kemusykilan tentang kedudukan wanita dalam solat berjemaah. Adakah hadis sahih yang kata perempuan tidak digalakkan turun surau?

Adakah sirah Nabi atau para sahabat yang mana ada muslimat yang komited untuk berjemaah di surau?

Jawapan:

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Di sana juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah.

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat bertemu dan bertanya khabar, peluang menyuburkan semangat persaudaraan. Sebab itulah, falsafah solat berjemaah adalah bertujuan menyatukan ummah sehingga dilabel sebagai khaira ummah (umat terbaik).

Masjid mampu merungkai persengketaan dan perbalahan, tempat menimba yang jernih. Dalam pada itu persoalan solat berjemaah dan fadilatnya banyak ditujukan kepada kaum lelaki bukan kaum wanita.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Untuk memberi jawapan kepada persoalan ini para ulama telah berbincang dan memberi beberapa saranan dan pandangan.

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama”. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: “Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?”

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hujah-hujah yang dikemukakan tadi adalah berdasarkan tuntutan bahawa wanita tidak disuruh dan jangan dilarang.

Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.

Perkara kedua, budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Namun demikian hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak ditemani oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.


Beberapa Syarat


Telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjemaah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya.

Demikian pula para Khulafah Rasyidin sesudah beliau SAW. Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyariatkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Wednesday, October 28, 2009

Marshmallow halal!!!!

Assalamualaikum..

Lama betul rasanya tak update blog. Tak de mood, malas, tak de idea, tu lah menyumbang kemalasan tu. He he..Tapi apa pun, walaupun tak update blog, saya still dok mengunjung ke kawan2 punya blog, baca story, khabar, macam2 lah..tapi dok baca ajelah,sampai kawan gi haji pun tak sempat ucap selamat... ( bila lah nak gi haji nih ).

Ni nak story sikit, suka tak ngan marshmallow? Saya memang geram tgk gebu2 je jajan nih, tp rasa cam was2 lah plak. TETAPI..( besor tu 'tetapi' nya ) baru2 ni ada pulak marshmallow yg halal diiktiraf oleh HDC. Apa lagi ambik kesempatan lah merasa...fuh sedap ugak bila dibakar ( kat api dapur je..he he ), org kata kalau cicah ngan coklat lagi sedap ( blum pernah merasa ). Allah kasi sedap. Memang masa mula2 tu anak2 pun menjakun lah nak merasa marshmallow bakar je. Bagi saya yg bakar ni lagi sedap.

Seterusnya, saya ambik kesempatan nilah utk mempromote marshmallow ni, he he..sambil menyelam nak minum air lah jugak kan...marilah ke kedai saya. Di situ marshmallow halal ini ada dijual.





Order pertama, sebungkus lebih kurang 20g, harga RM2.50 untuk door gift Dinner Utusan Malaysia Cawangan Johor, Johor Bahru.


Ada 26 bungkus semuanya.

Bentuk Burger


Bentuk Twist

Bentuk Flower ( yg ni sedap )

Jadi kengkawan sekiranya berminat marilah datang ke kedai saya..

Monday, August 31, 2009

Kakak sabaaarr...!!

Nur Farhah nak jalan-jalan...

KAKAK SABAAAR...! Jangan terperanjat ye.. itu lah laungan anak dara ku yg baru belajar puasa. Umur Farhah baru 5 tahun. Hari pertama, dia puasa bangun sahur, mula2 nampak ok tiba2 je dalam pukul 12 lebih nak pukul 1 tengah hari dia dah tak keruan dah Farhah tu.
Tak keruan apa? tak keruan lapar la....
Jadi hari puasa pertama sampai tengah hari je la puasanya.. ni first time ni nak blaja puasa.
Hari kedua, penat sikit sebab jalan sana sini, banyak tempat pergi dan akhirnya setelah dipujuk berulang kali pukul 4 petang berakhir lah puasa dia kerana dah tak tahan.
Hari ketiga, kali ni rehat je kat rumah, start pukul 2 dah meracau2, haus la, lapar la, setiap setengah jam bukak peti ais, tapi kena pujuk... sabaarrr. Akhirnya dengan penuh semangat dia melaungkan: "Kakak sabaaarrr".
Akhirnya selesai jugak puasanya sampai berbuka maghrib hingga la hari ini dia dapat puasa setiap hari. Sekarang ni dah 8 hari dia puasa. Alhamdulillah....
Itu lah pengalaman pertama kakak berpuasa. untuk pengetahuan naufal tak kuat makan jadi puasanya senang je, tapi kakak tu kaki makan jadi asyik nak makan jadi mujahadah lah sikit puasa dia, kelakar pun ada, tapi lama-lama ok la.

Friday, August 28, 2009

Keistimewaan wanita diguna untuk agama


Disebabkan takde idea utk posting baru atau takde kesempatan, maka saya copy paste posting di bawah. Harap ada manfaat. Kat atas tu gambar hiasan je. hehe

Oleh ziarah76
ANTARA lelaki dan wanita siapa yang lebih kuat? Tentu lah jawapan kita, lelaki kuat. Tetapi sebenarnya lelaki bukan kuat mana pun kerana kita nampak saja kuat dari segi fizikal misalnya, padahal sebenarnya wanita juga mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki dalam hal-hal tertentu termasuk faktor dalaman mereka yang kuat, walaupun dari segi fizikal mereka lemah gemalai.
Mafhum satu hadis, Nabi s.a.w bersabda: 'orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.'
Ini bermakna faktor dalaman menahan marah itu adalah satu kekuatan yang paling kuat.
Nak tahu wanita kuat atau tidak, cuba kita bayangkan point of view di bawah:
1-Wanita punya kuat menanggung kesakitan mengandung 9 bulan dan seterusnya bersalin. Ini Orang lelaki mesti kena respect habis golongan wanita. Lelaki bukan sahaja tiada kekuatan untuk berbuat demikian bahkan memang tak boleh pun. Kadang-kadang ada orang lelaki yang hendak lihat isterinya bersalin pun tak sanggup. Punya kuat orang wanita ini, bahkan bukan sorang malahan satu atau setengah dozen anak pun dia steady je. Lelaki sakit tangan sikit dah mintak isteri urut...
2-Wanita punya kuat menahan kesusahan menjaga anak dengan pelbagai kerenahnya tetap tabah dan bersabar. Bukan seminit dua, bahkan hari-hari 24 jam dia bersama anak-anak yang kecik hingga besar dari buang air besar kecil anak-anak hingga ke makan pakai anak-anak, semua dia sabar dan kuat menguruskannya tanpa minta elaun pun.
Lelaki baru jaga anak tak sampai setengah jam dah naik angin dengan perangai anak-anak maka lepas tu ada lah anak-anak kena luku, paling-paling pun tension dengan perangai anak, maka suami tu tidur atau keluar rumah kena teh kat luar. Lepas tu makan pakai suamipun dia minta isteri dia uruskan bahkan anak-anak pun urusan pun dah banyak.
3-Wanita kuat mengalirkan air mata yakni menangis, lelaki kuat mengalirkan air liur yakni tidur. Bila wanita ni bangun tahajud berdoa dia mudah menangis, merayu, merintih memohon daripada Allah maka doanya mudah makbul kerana kesungguhannya meminta sungguh-sungguh, bukan dengan percakapan sahaja bahkan meminta dengan fikir risau, hati dan perasaan. Maka masakan tidak doanya mudah diperkenankan. Lelaki kuat dengkur...
4-Wanita rata-ratanya (bukan semua) lebih kuat pengaruhnya kepada anak-anak berbanding lelaki. Ini kerana ibu lebih bersama dan memanjakan anak-anak, kalau anak-anak nak sesuatu dia akan cakap kepada ibu dulu. Bapa kalau dah tak boleh nak cakap apa dengan anak-anak, maka dia akan gunakan isterinya untuk jadi jurucakap kepada anak-anak. Lelaki memang kuat politik... 5-Wanita memang kuat. Sesetengah isteri, sudah lah urusan di rumah dia selesaikan bahkan ada pulak yang terpaksa bekerja di luar untuk membantu suami. Maknanya, suami tak cukup kuat untuk sara keluarga, maka isteri datang membantu menyara keluarga.
Mungkin banyak lagi yang boleh diambil contoh, namun sebenarnya kuat atau tidak, bukan menjadi persoalannya. Kerana lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain dan bantu membantu dalam urusan kehidupan yang mana dengannya maka manusia akan tenteram dan tenang kehidupannya.
Namun begitu adalah penting untuk lelaki menghargai dan mencurahkan kasih sayang yang sebenar-benarnya kepada mereka. Dan mengasihi mereka bukan dengan cara kita memberi wang, gelang emas, kereta besar, rumah besar, alat make-up dan sebagainya.
Perkara itu adalah keperluan yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajiban memberi nafkah dari serba serbi. Dalam hal ini kesederhanaan adalah jalan terbaik.
Namun jika kita mengasihi isteri, maka perkara pertama yang perlu diberikan ialah kefahaman agama, amalan agama dan kerja agama. Ini adalah teramat penting untuk membawa kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Jika tidak, nanti di akhirat lelaki akan didakwa oleh orang di bawah jagaan dan tanggungannya.
Wanita perlu diberitahu bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi s.a.w yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Kerja sebenar mereka bukan basuh kain, memasak, sidai baju, cuci pinggan, layan suami, buat kek muffin dan sebagainya. Bahkan lebih daripada itu, kerja mereka adalah pembantu agama yakni bersama-sama dengan suami mereka membela dan menegakkan agama hingga agama tersebar ke seluruh dunia. Suami isteri perlu bantu membantu dalam hal agama dengan niat mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita telah salah faham maksud sebenar umat ini dihantar, maka suasana rumah kita telah jauh daripada kehidupan beragama.
Iaitu, ruang tamu kita telah menjadi seperti lobi hotel, ruang rehat yang ada TV menjadi seperti panggung wayang, dapur macam restoran, bilik tidur macam bilik hotel, tempat basuh kain seperti kedai dobi dan sebagainya. Wanita seperti mesin mengeluarkan anak. Majalah hiburan dan isu semasa, mengumpat, gossip, dibincangkan disudut-sudut rumah, almari seperti butik, peti almari seperti bank, amalan agama mati di rumah. Maka keluar lah anak-anak yang runtuh nilai-nilai agama dari rumah-rumah.
Wanita telah menghabiskan air matanya di tempat tidak sepatutnya iaitu di depan TV ketika menonton hindustan sedangkan suaminya sedang ghast. Pengorbanan dan kesibukannya digunakan dengan perkara yang tak sepatutnya kerana mereka tidak diberitahu peranan dan kerja mereka yang sebenar. Mereka berlumba-lumba dengan cara yang salah, jika jiran beli perabot baru mereka pun nak yang baru dan sebagainya. wanita-wanita Islam bersidai di pusat membeli belah, merewang, membuang masa, meletakkan muka di lif-lif dan tangga pasaraya, mendedahkan aurat hingga semua lurah ditunjukkan kepada umum.
Ini adalah berpunca daripada kelemahan orang lelaki selaku bapa atau suami atau abang kepada adik perempuan yang gagal menjaga wanita-wanita Islam kita. Sesetangah lelaki yang begitu bersemangat mendengar bayan di markaz, khusyuk dengar kuliah agama di masjid dan surau tetapi membisu tak memberitahu sepatah haram kepada ahli keluarga. Atau suami tidak memberitahu isterinya yang berkongsi tempat tidur dan bantal.
Akhirnya wanita kita tidak faham lalu menyangka usaha agama adalah mengasingkan mereka, lalu tidak diambil endah.
Maka penting, kita libatkan isteri kita dalam usaha masturat dan ini adalah kehendak ulama yakni kita mencontohi kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat yakni wanita-wanita kita juga mencontohi kehidupan para sahabiah. Empat dinding rumah tempat wanita itu tinggal adalah satu khazanah yang melahirkan manusia berkualiti unggul hingga boleh menggoncangkan dunia. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak boleh tidur di rumah jika ada harta di dalamnya, apabila Nabi s.a.w menerima hadiah berbentuk barang atau wang maka akan segera diagih dan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang memerlukan. Nabi berada di masjid dan hanya pulang ke rumah setelah harta tersebut selesai disedekahkan.
Para sahabat yang mencontohi kehidupan Nabi s.a.w turut memahami bahawa mereka berasa tidak senang jika harta berada dalam rumah. Mereka mewujudkan rumah harta iaitu baitulmal. Sebab harta perlu diletak dalam rumah harta tetapi tidak sekali-kali di rumah mereka. Kehidupan para sahabat dan isteri mereka dengan penuh
keberkatan yang mana mereka bukan lah orang miskin bahkan Allah berikan pelbagai kurniaan kepada mereka hingga ada sesetengah ulama mengatakan kekayaan mereka
tidak dapat lagi dijangkau oleh kita. Namun begitu kesemua harta mereka diinfak dan digunakan di jalan Allah hingga mereka hanya berbuka dengan tamar dan air sejuk sahaja. Tiada apa-apa dalam rumah mereka, kosong, lantai dan dinding sahaja dengan kehidupannya yang amat sederhana.
Ulama berkehendakkan rumah-rumah seperti madrasah, suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar yakni hidup amalan taklim, bacaan al-Quran, perbincangan mengenai iman, meningkatkan imal dan amal, berbicara mengenai kisah anbiya, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.hum, risau mengenai akhirat dan kepentingan menjalankan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah.
Ini perlu dimulakan walaupun sedikit demi sedikit bermula dengan taklim rumah. Hingga keluar dari rumah kita para alim, alimah hafiz hafizah dan manusia yang taat kepada Allah dan menjadi daie Allah. Mereka adalah orang Allah, yang dalam pemerliharaan Allah, tiada siapa boleh mengganggu mereka, walaupun bergerak seluruh dunia tetap dalam pemeliharaan Allah.
Wanita menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada suami dan anak-anak lelaki untuk aktif dalam usaha agama. Bagaimana cerita seorang sahabat yang tempang lagi tua, apabila ditafakut oleh Nabi s.a.w, Nabi telah membenarkannya untuk tidak keluar berjihad lalu dia balik ke rumah. Tetapi apabila sampai di rumah isterinya berasa malu kerana suaminya tidak keluar di jalan Allah lalu memberi kata-kata semangat hingga suaminya malu kerana tidak keluar di jalan Allah.
Akhirnya Nabi s.a.w membenarnya keluar di jalan Allah lalu sahabat itu syahid di jalan Allah. Apabila jenazahnya hendak dibawa balik ke rumah, unta sahabat itu tidak mahu bergerak ke arah rumahnya, apabila ditanya rupa-rupanya dia telah berdoa supaya jenazahnya tidak lagi dipulangkan ke rumah. Begini lah peranan sahabiah 24 jam sentiasa fikir bagaimana agama boleh maju dalam kehidupan manusia dan semua sahabat mendapat dorongan daripada sahabiah. Apabila Abu Bakar r.a telah mewakafkan seluruh hartanya di jalan Allah maka tiada satu benda pun yang tinggal di rumahnya. Maka saudara maranya datang bertanya kepada Aisyah r.ha, anak perempuan Abu Bakar r.a apa yang telah ditinggalkan, maka Aisyah dengan tegas dan yakin mempertahankan tindakan ayahnya dalam satu kisah yang meruntunkan jiwa.
Khadijah r.a asalnya wanita kaya, tetapi semuanya telah dibelanjakan hingga tiada apa lagi yang tinggal. Manusia yang pertama memeluk Islam adalah wanita iaitu khadijah r.a dan manusia yang pertama syahid juga adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a pada zaman Nabi s.a.w.
Begitu banyak pengorbanan mereka yang tidak dapat diceritakan satu persatu di sini, tetapi pokoknya di sini adalah betapa pentingnya peranan wanita dalam mengembangkan agama sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Wanita di zaman sahabiah begitu berani hingga mengalahkan lelaki zaman ini, mereka seolah-oleh lelaki. Hari ini lelaki Islam menjadi lemah kerana mereka berperangai seperti wanita di seluruh dunia. Sebagai contoh, lelaki sepatutnya bersolat di masjid secara berjemaah, tetapi lelaki zaman ini rata-rata lebih gemar bersolat di rumah bersendirian. Padahal bersolat di rumah bersendirian adalah amalan wanita.
Sebab itu umat Islam menjadi lemah di seluruh dunia kerana telah berperangai seperti wanita dalam banyak hal dan bukan setakat dalam solat sahaja.
Lelaki perlu menjadi benar-benar lelaki baru Islam menjadi kuat, menjadi lelaki adalah mengamalkan agama seperti mana di tunjukkan baginda Rasulullah s.a.w.
DAN apabila wanita bangun turut serta membantu agama, maka mereka menjadi seolah-olah lelaki dari segi keberanian.
Seperti contoh, kisah bagaimana Umar r.a semasa belum memeluk Islam beliau dilantik sebagai pahlawan yang hendak membunuh Nabi s.a.w. Dalam perjalanan beliau diberitahu bahawa saudaranya telah memeluk Islam lalu, dia pergi ke rumah saudaranya yang ketika itu sedang dalam sesi taklim iaitu membaca al-Quran.
Dalam kisah ini terdapat perbualan panjang yang kita boleh rujuk sendiri tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Umar telah menampar saudara perempuannya hingga berdarah kepala. Tetapi apa yang dijawab oleh saudara perempuannya itu ialah jika kerana agama ini dia dipukul maka dia redha dan tidak akan berganjak.
Saudara perempuannya begitu berani menjawab dengan tegas hingga tersentak Umar lalu beliau bertanya apakah yang dibaca tadi dan dia mahu melihatnya, dan selepas dia berwuduk lalu membaca surah Toha, maka hidayah telah sampai kepada Umar r.a yang kemudiannya memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w. Di sini perlu dilihat betapa wanita telah menjadi seperti seorang lelaki yang berani.
Peranan wanita cukup luas dan hari ini, semua lelaki lebih-lebih lagi jika kita terlibat dalam usaha dakwah maka perlu dilibatkan sama usaha masturat untuk wanita. Dengan itu baru la umpama burung terbang dengan 2 sayap, jika tidak hanya dengan satu sayap yang tidak ke mana-mana. Dengan itu potensi wanita digilap dan memberi sumbangan besar kepada agama.
Jika mereka terlibat dalam usaha masturat maka mereka biasanya lebih komited dan berdisiplin berbanding lelaki. Apabila azan berkumandang, mereka dalam keadaan berwuduk berada di atas sejadah. Banyak doa-doa dihafal, al-Quran dan taklim dibaca setiap hari dan zikir, tahajud, dijaga dengan istiqamah begitu juga amalan lain.
Kesabaran, kesetiaan dan bersusah payah untuk agama sungguh menakjubkan. Percakapan iman yang lemah lembut tetapi memberi kesan dan zihin kata-kata membakar semangat yang memberi motivasi kepada lelaki. Lelaki perlu membantu tidak menyusahkan isteri kerana Nabi s.a.w sendiri membantu Aisyah r.a melakukan kerja-kerja rumah bahkan Nabi sendiri menjahit pakaiannya sendiri. Hari ini kita lelaki apa salahnya kita cuci pinggan, masak, basuh baju sekali sekala, kemas rumah dan kalau boleh buat sesuatu sendiri tak perlu menyusahkan orang rumah misalnya mengosok baju dan sebagainya jika mampu. Isteri-isteri kita sebenarnya bantu kita uruskan hal ehwal rumah bukan kita jadikan dia seperti orang gaji. Sebaliknya kita lah yang perlu membantu mereka. Halaman rumah Nabi s.a.w amat terkenal kerana kebersihannya kerana Nabi s.a.w sendiri yang membersihkannya dan Nabi s.a.w bergurau dengan Aisyah semasa membantu kerja-kerja rumah.
Ganjaran dan kelebihan yang tersedia untuk wanita solehah terlalu banyak hingga mereka boleh pilih mana-mana sahaja pintu syurga jika dia meninggal dunia dalam keadaan taat perintah Allah, dan suaminya redha kepadanya. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang wali.
Bahkan mereka akan memasuki syurga 500 tahun terlebih awal daripada suaminya, dan mereka menjadi ketua kepada bidadari syurga. Suami dan isteri akan dipertemukan di syurga yang kekal abadi. Sebab itu, di dunia ini, tanda suami mengasihi isterinya ialah dengan memberi agama, amal agama dan usaha agama.
Wallahualam.

---Diambil daripada blog ziarah76

Monday, August 24, 2009

Kedai baru saya... jemput datang ye..


Contoh niqab... ayat-ayat cinta tu...

SAYA buka kedai baru... memang baru la sebab tak pernah buka sebelum ni. Dulu memang berangan nak buka kedai yg bukan online, tapi tahun demi tahun berlalu.. tak buka-buka.
Tapi alhamdulillah dengan adanya kemudahan internet dan rakan2 lain maka saya menceburi bidang perniagaan online menjual pakaian muslim dan muslimah, buat masa ni barang muslimah dulu la yang banyak. Ada jubah, purdah, blouse muslimah, kopiah dan pada masa depan insya-Allah ada stokin, sarung tangan, legging baby, jubah lelaki dan lain-lain, insya-Allah.
Semoga Allah memberkati perniagaan ini.
Mari lah datang berkunjung ke kedai saya, CUBA KLIK SINI SOLEH SOLEHAH Ada apa masalah boleh lah berhubung dgn saya, insya-Allah.


Jubah muslimah yg menarik dan menawan!

Kopiah yg karkun selalu pakai pun ada...comel kan.

Sunday, August 9, 2009

Cuti2 Malaysia lagi sekali..


Wahh..baru balik nih..percutian yg menyeronokkan walaupun sibuk H1N1. Sebenarnya kami baru je blk bercuti ke Desaru..Alhamdullillah Allah kasi hadiah yg terduga..tak rancang pun cuti ni, tiba2 je hubby bagitau nak bawak kami bercuti ke Desaru..saya ni pulak apalagi terus agree..almaklumlah rasa cam dah lama tak dok hotel ke resort ke ( saya dah lama nak cuti masak!!!ha ha malas punya pasal ). Malas nak cerita panjang2, kita tgk gambar jelah..satu je nak comment pantainya marvellous..cantik dan anginnya wah..subhanallah, mengasyikkan..Thank you Allah..

Hari pertama sampai.Sibuk menjamu selera makan dalam talam resort. Bawak bekal sikit je..perabih makanan kat rumah tadi..itupun sekali hadap..lapar punya pasal.

Ni tgh tgk2 tpt menarik sekitar resort..Naufal: Adik nanti kita mandi laut nak tak? Farhah: Tak mau lah kita gi mandi pool je lah..Mama: mama pun nak mandi pool ugak..he he he.

Ni masa cari2 makan kat Bandar Penawar (kes tak cukup bekal..muahaha ). Agaknya replika siput ni kalau boleh pikir mesti dia berkata2 dlm hatinya: "Koranglah org pertama ambik gambar ngan aku." Ha ha ha, terjakun plak tgk siput besar ni.

Hari kedua: tak mandi lagi trs nak g breakfast.."ala mama, nanti nak terus mandi kolam.." Bolehka?

Yg ni dah tak leh tunggu, lapor dah perut nih..

Buffetlah..apa lagi..kena isi tank susu sumaiyah.

Sumaiyah 1st time at beach... Sronok dia main pasir..

Tu dia naufal, main air kat pantai sampai terangkat seluar..anyway we had a very great time..Alhamdullillah..

Haaa, habis comot kaki anak aku main pasir pantai..Sumaiyah enjoy main pasir.

Pool tu kami punya hari ni, dah nak tghr, org tak ramai, jadi dgn tak malunya masuk sekali..teman kan sumaiyah mandi sebenarnya..( alasan lah tu ).

Yeay..at last kakak ngan abg tido ( kes berendam dlm kolam dr pg sampai tghr lah ni,kepenatan )..lehlah konker tilam besar ni...Sumaiyah tu nampak je kecil tapi memanjat tilam tinggi siap lari2 atas tilam tu selamba je..mama ngan abahnya lah terjerit2..dia punya suka ingat kita main2..

Alhamdullillah, kali ni percutian relaks, dan kami enjoy. Akhir kata, pesanan ringkas utk abg ziarah 76 kita..

"Abg ziarah76, len kali lehlah ajak kami jenjalan lagi cuti2 Malaysia ye..Insya Allah..:)"

p.s: Baru2 nih dok tukar layout blog je..( yg rajin tukarkan hubby sayalah..saya ni malas nak godek2..adalah dalam sekali je ), abihtu barulah perasan ada kawan2 yg dulu ada dlm bloglist, bila dah tukar layout dah hilang pulak..mintak maaf ye kawan2, ni dlm proses nak finalise layout n kena add in blk blog kawan2 yg hilang..ishh patutlah nampak cam sikit je list nya..macam ada blog yg saya tak singgah je..

Wednesday, July 29, 2009

Kisah si Pemotong Kayu

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ....

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Kisah disalin dari rakan saya Ummu Fatimah http://ummu-fatimah.blogspot.com/ .Terima kasih ya Ummu Fatimah.

Cuba kita fikir apa akan jadi dengan nasib kita di dalam kubur kelak? Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi..lama tu selama-lamanya. Berdoalah kita supaya tak terlalu berlebihan dgn dunia nih..insya Allah.

Tuesday, July 28, 2009

Promosi! promosi! promosi!

Ada baju baru?? Baju lama nak nampak baru?? Tudung lama nak nampak baru??
Kalau nak nampak baru ada satu cara iaitu tambah manik... macam gambar kat bawah ni. Boleh nampak baru skit.
Saya nak promote ni, baru-baru ni saya tengok baju mak yg lama nampak menarik sgt, check punya check mak saya tambah manik rupanya. Pastu saya pun dapat idea nak sulam tudung saya macam kat bawah ni.
Komen saya jahitannya memang tip top, kemasss. Manik yg digunakan cantik dan design pun macam2,ala-ala butik gitu. Kakak Ita (tuan punya blog Butik n Chocolate) tu pun slalu gak jahit manik baju pengantin.
Kalau nak detail boleh la datang ke blog dia Butik n Chocolate.
Harga berpatutan la... untuk baju koler lengan dgn bawah baju kakak tu offer about RM50-60 je...depends on how many manik yg diguna.
Tudung hitam saya... minta tolong tambah manik.

Tudung ni simple je tapi bila dah taruk manik jadi lawa pulak.

Dari dekat tudung pink.

Dari jauh tudung pink.. menarik kan.

Friday, July 17, 2009

Catatan terakhir..

Baru2 ni terima berita menyedihkan, Siti Marlina a.k.a Mike telah pulang ke rahmatullah pada 6 Julai 2009 due to breast cancer.
Arwah ni merupakan kawan saya masa saya mula2 masuk uni. Seorang kawan yg supportive, yelah masa mula2 masuk semua dah ada geng atau kawan sekolah lama tp saya sorang2..jd Mike antara yg mula2 jadi kawan..( saya kan 'pemalu' orgnya ). Kalau hari Jumaat je, mesti ikut dia blk rumah parents dia kat Batu Caves, hampir tiap2 minggulah jugak..Ohhh, sedihnya kalau teringat..
Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Dia kat uni pun tak lama pasal tak minat ngan kursus kat uni tu. Dia tukar course tesl kat MPIK dan dah jadi cikgu pun. Last jumpa dia masa dtg jamuan raya rumah dia lebih kurang 12 tahun lps.

Kita boleh kongsi catatan terakhir olehnya di sini..
theskyisred-redsky.blogspot

Masih bersedih. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan oleh Allah s.w.t. dikalangan hamba2nya yg solehah..Al-fatihah..

Thursday, July 9, 2009

Ijtimak Malaysia 2009

Rasanya masih belum terlambat untuk menjemput semua muslimin ( lelaki sahaja ) untuk hadir ke Ijtimak Malaysia 2009 yang akan berlangsung pada 9-12 Julai 2009( Khamis - Ahad ni- esok lah tu )di Tanah Lapang Belakang Masjid Kuarters KLIA. Khabarnya 1st Ijtimak Malaysia berlangsung 27 tahun dulu ( mak aii..tak sekolah lagi saya nih ). Ini kali kedua dan perhimpunan ni perhimpunan atas maksud agama yang mana selama 4 hari berlangsung, amal-amal ( solat fardhu, sunat, zikir, bacaan al-Quran, majlis taklim taklum ) dihidupkan secara berjemaah supaya dapat menarik rahmat Allah s.w.t. Selain dari amal2 tersebut, bayan ( ceramah agama ) oleh maulana2 yang hak dan ikhlas juga akan diadakan setiap hari. Tujuan dan sedikit laporan boleh refer sini:

http://ziarah76.blogspot.com

http://azharjaafar313.blogspot.com

http://krenmaut.blogspot.com

http://ummu-fatimah.blogspot.com

Ijtimak ini merupakan perhimpunan agama yg terbesar di Malaysia yang kini ( malam ni khabarnya ramai yg akan datang. )sedang hangat diperkatakan dan ditunggu2 oleh jemaah usaha iman dan amal ( jemaah dakwah atau tabligh ). Dijangka 100,000 org hadir dari dlm Malaysia dan seantara dunia. Tapak je dah 100 ekar. Suami saya dah sampai tapak Ijtimak ptg td melaporkan, rata2 yg hadir semua bersemangat.

Esok masa yang ditunggu2 sudah tiba. Dengan ini kepada sesiapa yang masih berada di rumah atau masih terfikir2 apa itu Ijtimak, marilah hadir dan rebutlah manfaat serta rahmat Allah yg turun mencurah2 bagai hujan turun dgn lebatnya.

Bagi ahlia ( isteri jemaah dan sesiapa yang berkenaan ), marilah kita juga turut serta ( di rumah sahaja ) meningkatkan amalan kita supaya Ijtimak dapat berjalan dengan lancar. Janganlah pula kita pun nak gi sama nanti mengganggu keberkatan dan rahmat yang turun semasa Ijtimak sedang dijalankan. Untuk lebih faham, kita baca kak ummi-ali punya posting.. kena baca nih supaya faham

http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com

Insya Allah, apa yang baik kita sampai2kan. Jangan ada yang ketinggalan. Rebutlah peluang selagi nyawa masih dikandung badan. Takut nanti bila dah meninggal menyesal..

Nak tengok gambar persediaan Ijtimak Malaysia leh refer this blog:

http://2dancingprincess.blogspot.com

http://rahba81.blogspot.com

Semoga apa yang kami war2kan mendapat redho dari Allah s.w.t. dan semoga tangisan2 malam kami diterima Allah s.w.t dan menjadi asbab tersebarnya hidayat seluruh alam. Insya Allah.